WELCOME TO DURRA ACTIVE
senaman ringan untuk kurus

5 Cara Senaman Ringan untuk Kurus

Nak Dapatkan Info Kesihatan dan Sukan Terkini? Sertai Durra Active Health Lifestyle

Setiap wanita pastinya ingin kurus. Tetapi kebanyakannya malas untuk bersenam. Sekiranya korang memang betul-betul ingin kurus dan mendapat badan yang ideal ianya mudah dengan melakukan senaman ringan tidak kira dimana korang berada. 

Untuk kurus dengan sihat kekal selamanya ianya perlu dimulakan dengan rutin ataupun gaya hidup sihat dan terurus. 

Walaupun sesibuk mana korang bekerja dengan rutin harian yang padat, carilah ruang dan peluang untuk dapatkan banyak kelebihan bersenam.

5 Cara Senaman Ringan Untuk Kurus

Senaman Ringan Untuk Kurus

Topik kita pada kali ini akan membincangkan mengenai cara senaman ringan untuk kurus.  

Haa bagi yang nak nampak muda, kekal aktif dan cergas sentiasa korang mesti mahu kurus bukan. 

Lagi-lagi bagi wanita yang belum berkahwin, mesti nak nampak lawa ketika menghadiri sebarang majlis ataupun keraian. 

Ye, sekarang ini wanita lebih gemar melakukan senaman daripada mencari produk kurus. Kerana dikhuatiri akan memudarat kan diri.

Jom kita lihat cara senaman ringan untuk kurus!

1. Zumba

Zumba sekarang adalah senaman yang popular di seluruh negara dan ianya dikatakan cara paling efektif untuk menguruskan badan. 

Di Malaysia ini ianya sudah menjadi trend apabila sebelum memulakan sesuatu larian mereka akan melakukan tarian zumba ini bagi pembukaan majlis. 

Zumba adalah senaman lebih kepada kardio dan membantu bahagian belakang dan abdomen. Pergerakan zumba juga dapat memperbaiki postur tubuh badan, keseimbangan dan kelenturan. 

Ini kerana koreografi dalam program zumba mengaktifkan endorfin dan menjadikan peserta berasa gembira.

Jika korang berasa tidak selesa bersenam bersama orang lain, parti zumba boleh membantu mengurangkan ketegangan dan meningkatkan keyakinan diri. 

Sekarang ini, ada juga kelas zumba yang disaingkan mengikut jantina. Jadi korang tidak perlu risau untuk melakukan senaman ini. 

Tambahnya, tidak dinafikan bahawa salah satu akibat menyertai zumba adalah menurunkan berat badan dan satu perkembangan positif kerana akhirnya orang ramai menemui senaman yang menyeronokkan dan mudah. 

Bahkan, bayaran yang dikenakan juga berpatutan.

2. Berbasikal

Senaman Ringan Untuk Kurus

Berbasikal juga merupakan senaman kardio bagi membantu korang untuk menurunkan berat badan. 

Korang boleh melakukan senaman berbasikal ini tidak kira diluar rumah mahupun didalam rumah. 

Sekiranya korang suka menikmati keindahan alam, korang boleh berbasikal diluar rumah iaitu outdoor sekiranya keadaan cuaca yang redup dan santai. 

Senaman berbasikal di luar rumah bersama keluarga turut mengeratkan lagi iktan kekeluargaan. 

Tetapi sekiranya korang tidak suka berbasikal diluar dengan memakai pakaian sukan lengkap dengan topi keselamatan, korang boleh beli mesin senaman basikal dimana korang boleh kayuh basikal di dalam rumah sahaja. 

Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu ini, korang boleh lakukannya ketika waktu hujan. Kalau korang nak tahu, dengan kayuhan basikal selama 30 minit sehari dapat menurunkan berat badan. 

Ini bermaksud korang telah membakar sebanyak 341 kalori. Jadi badan pun rasa ringan dengan basikal sebagai senaman ringan untuk kurus.

3. Berjoging

Joging antara aktiviti yang sedikit memenatkan bagi mereka yang baru mula berjoging. Tetapi senaman ini lama kelamaan mampu meningkatkan stamina badan korang. 

Bagi permulaan larilah ikut kemampuan diri sendiri. Lama kelamaan korang boleh tingkatkan berlari selama 30 minit. 

Untuk lebih bersemangat korang juga boleh membeli jam yang berfungsi untuk jarak dan berapa banyak kalori yang dah dibakar.

Selain itu kelengkapan larian seperti kasut juga dapat meningkatkan semangat untuk berlari. Sekiranya korang lagi suka berjoging indoor, boleh juga beli mesin treadmill. 

Seperti mesin bersenam basikal, anda boleh berjoging di atas treadmill pada bila-bila masa tanpa mengira apa pun cuaca di luar dan ia sebagai senaman ringan untuk kurus.

4. Berenang

Kalau korang nak tahu, berenang mampu menurunkan berat badan dan membentuk badan yang cantik dan ia adalah senaman ringan untuk kurus

Namun, tidak ramai yang mampu untuk melakukannya dengan konsisten dan misi untuk menurunkan berat badan. Haa ni nak cerita sikit, bukan setakat sistem pernafasan, yang paling penting adalah ia dapat membina otot–otot badan dan memberi kekuatan kepada badan, kerana renang juga merupakan senaman rintangan yang bagus untuk badan. 

Sekiranya korang ada akses untuk ke kolam renang gunakanlah ianya sebaik mungkin, lebih-lebih lagi rumah sekarang ini mempunyai kolam renang. 

Dan yang paling penting carilah pakaian renang yang sesuai untuk dipakai.

5. Plank

Senaman Ringan Untuk Kurus

Bagi kaum wanita, rajin kanlah diri untuk melakukan senaman plank ini kerana ia adalah cara terbaik dan mudah untuk mengempiskan perut serta mendapatkan tubuh badan yang diidami. 

Selain itu, sekiranya korang melakukan senaman plank ini setiap hari, ianya bagus untuk menguatkan otot teras dan menyokong tulang belakang. 

Senaman plank ini tidak memerlukan peralatan jadi ianya boleh dilakukan didalam rumah juga dan senaman ringan untuk kurus.

So apapun jenis senaman, terpulang pada korang. Yang penting mesti buat! Untuk mendapat badan yang ideal ini tidaklah mudah dan tidaklah sukar tetapi korang perlulah konsisten dan mempunyai azam yang kuat untuk kurus. 

Ambil masa beberapa minit untuk melakukan aktiviti senaman ringan untuk kurus. Sekiranya korang perlukan pakaian sukan dan peralatan sukan, korang boleh dapatkan di website rasmi Durra Active, laman Shopee kami dan juga butik Yuna Valet berdekatan dengan anda.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
Leave a Reply

On Key

Related Posts

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping