Pentingnya Kesihatan Sebagai Persediaan Pergi Menunaikan Haji
Persediaan yang rapi mengenai penjagaan kesihatan kita sebelum pergi haji. Malah lebih bagus bila dah niat nak pergi haji pun dah mula jaga kesihatan.
Mengapa penting jaga kesihatan:
1. Dibenarkan dan diluluskan untuk pergi haji. Andai tak sihat dan tak lepas pemeriksaan, permohonan tidak akan diluluskan.
2. Kekuatan fizikal berjalan setiap hari melebihi 5km ke masjid
3. Melakukan umrah perlu berjalan banyak masa tawaf dan saie
4. Melakukan amalan-amalan lain
5. Melontar jamrah 4 hari, sekali berjalan dalam 7km.
Proses pemeriksaan kesihatan bila dapat tawaran. Semasa dah dapat surat tawaran haji walaupun belum cukup lagi account, boleh pergi ke pejabat TH dan ambil buku rawatan kesihatan haji.
.
Penting dan perlu diingatkan yang, jika pemeriksaan kesihatan TIDAK DILULUSKAN, kita tak akan dibenarkan langsung atau perlu menangguhkan tarikh menunaikan haji walau banyak mana pun duit kita ada. Begitulah pentingnya kesihatan.
Jagalah makan dan gaya hidup masing-masing dan keluarga. Sedih sangat jika kita tak dapat pergi haji sebab kesihatan tidak mengizinkan. Penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis, buah pinggang. Ini adalah penyakit-penyakit normal di Malaysia yang kemungkinan tak dapat pergi haji jika berada di fasa kritikal.
.
Cubalah dalam tempoh setahun, perbaiki pemakanan dan gaya hidup supaya fasa penyakit ini ditahap yang rendah. Sebenarnya untuk kebaikan kita juga disana.
.
Hantar penerimaan tawaran haji bila cukup duit, beserta buku rekod kesihatan yang telah disahkan oleh klinik dan doctor panel.
Buku rawatan kesihatan berjumpa doctor panel TH.
.
Ini adalah proses pemeriksaan kesihatan yang perlu dibuat. Samada klinik Kerajaan atau swasta.
A. Klinik Kerajaan
Bayaran murah RM2, tetapi kena apoinment yang ada. Sampai klinik kesihatan bagitahu nurse untuk buku rawatan pergi haji. Atau boleh juga walkin, sebaiknya klinik yang ada rekod kesihatan kita. Mudah dari segi rekod kesihatan, jika ada sejarah kesihatan, ubat2 yang perlu diambil.
Klinik datang 2 kali, pertama ambil darah dan keduanya ambil keputusan ujian dan injection wajin Meningococcal. Kes suami memang ada sakit darah tinggi dan kolesterol, standby bawa ubat2 terus untuk pergi haji. Rekod Buku kesihatan berwarna KUNING, menghidap penyakit leadaan STABIL dan LULUS.
Bagi kes saya, mula-mula ke klinik kerajaan. Tapi masalahnya pi klinik sana, tolak ke klinik sini. Pi klinik sini, kena datang lagi dan lagi sebab banyak test kena buat, walaupun saya cakap saya kesihatan normal. Jadi untuk elakkan pening dan kesuntukan masa, saya memilih pergi ke klinik swasta,. Peace of mind, labur je duit.
Di klinik kerajaan, masa diambil sekali datang dalam 2-3 jam.
Jadi 2 kali datang dalam 5-6 jam.
.
B. Klinik Swasta
Bayaran anggaran RM300 ke RM500, untuk ambil darah, jumpa doctor dan injection Meningococcal. Kebanyakan klinik panel TH akan ada kemudahan ini dan terus dapat keputusan terus pada masa yang sama, dalam 15 minit selesai. Kes saya sendiri memang tiada sejarah sakit, jadi tiada keperluan ubat-ubatan. Doktor cek semua normal, buku rekod kesihatan HIJAU, SIHAT dan LULUS. Alhamdulillah.
.
Injection optional Pneumococcal dan Influenza, boleh ambil dan tak ambil, terpulang kepada masing-masing. Suami ambil yg paru-paru Pneumococcal. Pada masa tu dapat sponsor dari Kerajaan Selangor yang sepatutnya dalam rm100 lebih. Dan beliau tak ambil yang satu lagi vaksin, Influenza.
.
Saya sendiri tak ambil pun yang vaksin optional tuh sebab, merasa yakin dengan tahap kesihatan sendiri. Jadi bergantung kepada tahap kesihatan masing2.
.
Vaksin booster covid, kami pun baru ambil juga, sebab keperluan wajib dari Arab Saudi. Masa nih percuma je, subsidi kerajaan.
.
Masa pemeriksaan kesihatan tu, tahap kesihatan saya adalah optimum:
Berat badan 57kg.
BMI 23.1.
Paras Haemoglobin 13.4.
Blood Sugar 4.4
.
Alhamdulillah, masa tu tahap kesihatan saya adalah optimum dan badan fit sebab selalu juga bersenam secara rutin. Memang niat jaga kesihatan untuk nak buat ibadah haji dengan baik dan mudah dari segi fizikal.
Jika tahap kesihatan tak lepas, boleh ada masa nak baiki dalam tempoh proses penerimanaan haji. Cuba pergi beberapa klinik panel dan jumpa doctor berbeza. Pemeriksaan kesihatan ni pun satu ujian juga. Ada yang sihat tiba-tiba tak sihat, ada yang tak sihat, tiba-tiba sihat.
.
Tapi ramai Jemaah haji wanita, makcik-makcik yang saya jumpa pergi seorang. Saya tanya kenapa suami tak ikut? Katanya suami tak lepas pemeriksaan kesihatan. Kesian… meh lah jaga kesihatan sama2. Dapat pi haji sama2.. jaga makan, kerap bersenam kan.
Badan kita pun anugerah Allah bagi pinjam.
Amanah yang kita kena jaga sebaiknya. Jagalah.
Buku fizikal Diari Haji Muassasah yang memuatkan 47 nota haji dan 400ms, buku doa juga set buku lengkap haji umrah ada disini:
Nikmati potongan RM 6 apabila anda menggunakan
Diskaun Eksklusif dengan menggunakan kod kupon [dhm247h].
Pembelian Hanya di Laman Web: Tempah sekarang di [https://durraactive.com.my/…/pre-order-buku-diari-haji…/]
Terhad untuk Tempoh Terhad Sahaja!
Promosi sah untuk 300 orang pertama sahaja.
.
Barang keperluan haji umrah di sini.