Betul ke boleh kurus dalam masa seminggu? Haa kalau korang tak percaya meh lihat tip senaman untuk kurus dalam masa seminggu ini.
Tapi sebelum itu, untuk kekal sihat ianya perlu dilakukan berterusan dengan mengamalkan gaya hidup sihat yang terurus. Jangan hari ini bersemangat esok dah malas nak buat. Itu namanya hangat-hangat tahi ayam. Hahahaa.
Sebenarnya nak kurus ini tidak memerlukan modal yang banyak pun, walaupun ringkas, banyak kelebihan bersenam tau. Hanya disiplin dan usaha yang berterusan untuk mencapai impian mempunyai tubuh badan yang langsing.
5 Tip Senaman untuk Kurus dalam masa seminggu
Entri kita pada kali ini akan membincangkan mengenai tip senaman untuk kurus dalam masa seminggu.
Haa bagi yang nak pakai baju yang bersaiz S ataupun M korang patut cuba tip yang diberikan ini. Tak pun lagi seminggu nak pergi jemputan kahwin!
Jadi nak nampak cantik dalam gambar. Tudiaa kalah pengantin macam ni.
Jom kita lihat 5 tip senaman untuk kurus dalam masa seminggu yang berkesan!
1. Banyakkan berjalan atau berjoging
Ye, ada diantara kita ini malas nak ke gym ataupun bersukan. Tetapi sesibuk manapun korang kena melakukan aktiviti bersukan ini. Yang penting kena selalu bergerak.
Lakukan senaman 30-40 min sekali sehari. Daripada korang naik lift korang boleh cuba naik tangga, baru peluh tu keluar, badan pun sihat.
Bagi mereka yang mengamalkan berjalan laju ataupun meningkatkan tahap aktiviti fizikal seharian akan memperoleh pelbagai manfaat kesihatan.
Antaranya ialah mengurangkan kegelisahan, penyakit kencing manis, masalah kardiovaskular dan membantu tidur dengan lebih mudah.
Joging pula membakar lebih banyak kalori daripada berjalan pantas, tetapi tidak mungkin boleh dicapai segera oleh individu yang mempunyai berat badan berlebihan.
Bila tiba hujung minggu, ajaklah keluarga korang berjoging di taman rekreasi, baru ada mood!
2. Angkat berat dan cuba latihan interval intensiti tinggi (HIIT)
Senaman angkat berat ini memberi kesan yang sama seperti senamrobik dalam penurunan berat badan.
Bersenam menggunakan dumbbell, dapat membakar lemak dengan tinggi selain menguatkan otot. Korang yang dirumah itu kalau tak ada dumbbell boleh guna botol air mineral.
Tapi sekiranya korang baru nak bersenam jangan paksa diri sebaliknya lakukan 10 hingga 15 kali dalam dua atau tiga set.
Dan rehat selama 60 hingga 90 saat setiap set. Kalori akan terbakar walaupun dalam keadaan duduk atau berjalan.
HIIT ini boleh dilakukan dengan joging yang diselang-selikan dengan kelajuan tinggi selama 30 saat hingga 1 min dan diselang-selikan dengan kelajuan perlahan ataupun rehat 1 hingga 2 min.
Latihan ini efektif sebagai senaman untuk kurus dalam masa seminggu
3. Teruskan aktif walaupun bukan pada waktu bersukan
Kekal aktif walaupun bukan waktu bersukan ni bermaksud korang perlu melakukan kerja harian dengan menaiki tangga daripada lift, apa sahaja aktiviti yang mengeluarkan peluh, mengemas rumah dan juga mencuci kereta juga mampu mengeluarkan peluh.
Apabila badan sihat, rutin untuk kurus juga berlaku dengan pantas seperti pembakaran lemak dan meningkatkan metabolisme badan.
Ubahlah cara hidup yang lebih sihat dengan memperbanyakkan pergerakan seperti menaiki pengangkutan awam ke tempat kerja.
4. Pergi gym
Kalau yang mana segan ataupun malu untuk lakukan aktiviti kecergasan di luar korang boleh juga pergi ke gym.
Mungkin dengan berbayar juga korang ada rasa dipaksa untuk datang ke gym bagi melakukan senaman menggunakan peralatan gym.
Disitu juga korang diberi tunjuk ajar cara untuk melakukan senaman dengan betul dan menggunakan peralatan gym dengan betul.
Bayaran yang dikenakan pun berbaloi dengan persekitaran dan peralatan yang diberikan.
Nak cari kawan pun boleh juga, sambil menyelam minum air! Di gym, anda boleh lakukan banyak senaman untuk kurus dalam masa seminggu.
5. Berurut dan sauna
Apa kata korang cuba rawatan tradisional pulak.
Mungkin dengan berurut dan bersauna membantu membakar kalori dalam badan korang. Tidak rugi kalau korang nak cuba rawatan tradisional ini.
Ada sesetengah orang perut buncit disebabkan oleh angin dan dengan urutan yang betul dapat mengempiskan perut.
Rawatan ini juga melancarkan peredaran darah dan dapat menyegarkan badan serta memberi aura yang positif. Wahh! kalau lah dapat buat setiap hari kan best.
Ye, setelah penat seharian bekerja dan melakukan aktiviti kecergasan korang ambil peluang untuk berurut dan bersauna ini.
Memang best! Urutan dan sauna juga merupakan senaman untuk kurus dalam masa seminggu yang berkesan.
Tip kuruskan badan ini bukan sahaja berkesan untuk diamalkan, malah selamat kepada tubuh korang.
Melalui artikel ini, harap anda lebih jelas tentang perkara senaman untuk kurus dalam masa seminggu.
Lakukan aktiviti latihan yang optimum, penurunan berat badan yang banyak dapat dikesan dalam masa seminggu.
Ianya memang tidak mustahil, apa yang korang perlu lakukan adalah keazaman dan tahap disiplin yang tinggi.
Sekiranya korang perlukan pakaian sukan dan peralatan sukan, korang boleh dapatkan di website rasmi Durra Active, laman Shopee kami dan juga butik Yuna Valet berdekatan dengan anda.