menu diet suku-suku separuh

5 Menu Diet Suku-Suku Separuh Harga Budget

Nak Dapatkan Info Kesihatan dan Sukan Terkini? Sertai Durra Active Health Lifestyle

Sememangnya bukan mudah untuk seseorang menurunkan berat badan, mana taknya kalau sentiasa ada dugaan dan cabaran untuk memberi fokus kan? 

Bukan itu sahaja, persediaan untuk ‘melepasi’ zon gaya hidup tidak sihat itu sangatlah berat. Menu diet suku-suku separuh ini perlu dimulakan dari rumah. 

Lebih-lebih lagi para ibu perlu tahu makanan apa yang sesuai untuk dijadikan menu diet dengan harga yang berpatutan kerana terdapat 5 tip penting diet suku-suku separuh ini.

5 Menu Diet Suku-suku Separuh Harga Budget

Entri kita pada kali ini akan membincangkan mengenai menu diet suku-suku separuh harga budget. 

Haa salah satu cara untuk mendapatkan kesihatan yang baik adalah dengan bermulanya pinggan korang. 

Berapa banyak portion makanan yang perlu diambil, jenis makanan yang perlu diambil semua ini diambil kira bagi mendapatkan kesihatan yang seimbang. 

Entri sebelum ini kita sudah bincang mengenai apakah itu diet suku-suku separuh, jadi kalini ini kita akan ketahui lebih lanjut mengenai menu diet suku-suku separuh ini tapi masih dalam budget.

Jom kita lihat 5 menu diet suku-suku separuh harga budget!

1. Mee Kari Berkhasiat (RM6)

menu diet suku-suku separuh
Sumber (Fafae Mimie, Facebook)
  • Mee ramen vit’s (RM 5.00 – 1 paket)
  • Telur (0.45 sen – 1 biji)
  • Sayur sawi (RM 2 – 500 gram)
  • Taugeh (RM 2 – 500 gram)

Mee merupakan makanan yang tergolong dalam karbohidrat. 

Telur merupakan satu makanan yang padat dengan nutrisi. 

Malah, kebanyakan khasiatnya terkandung di dalam kuning telur. Disebabkan telur kaya dengan protein dan lemak, ia dapat membantu rasa kenyang lebih lama. 

Manakala sayur taugeh dan sawi kaya dengan antioksidan dan asid amino dapat melawan kanser dan memperbaiki fungsi otak. 

https://www.high-endrolex.com/6

Selain itu, serat dan mineral dalam sayur dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dan gula darah. Ia juga dapat mencegah diabetes dan kanser kolon. 

Jadi, mee kari berkhasiat ini amat sesuai sebagai menu diet suku-suku separuh.

2. Ikan bakar dan ulam-ulaman (RM8)

menu diet suku-suku separuh
Sumber (Fafae Mimie, Facebook)
  • Nasi putih (RM 1.50 – 1 cup)
  • Ikan cencaru (RM 9 – 1kg)
  • Pegaga (RM 4 – 100 gram)
  • Timun (RM 2 – 500 gram)
  • Peria (RM 2.50 – 500 gram)
  • Kacang botol (RM 4 – 200gram)

Jom kita tengok khasiat setiap makanan. Mengikut menu diet suku-suku separuh, nasi perlu diambil dengan kuantiti yang sedikit iaitu segenggam tangan kita. 

Nasi adalah sumber tenaga yang bagus. Manakala ikan cencaru pula tinggi dengan zat besi. 

Kebanyakan ikan mengandungi omega-3 dimana ianya memberi kesihatan badan dan juga otak. 

Ulam pegaga kerap dikaitkan dengan rahsia awet muda atau penampilan keremajaan.

Selain itu, ia juga dilabel sebagai makanan otak yang dapat meningkatkan kecerdasan. 

Ulam ini sangat berkesan dalam peningkatan fungsi mental dan dapat meningkatkan tumpuan minda. 

Timun kaya antioksidan yang mampu mencegah kerosakan sel dalam tubuh disebabkan oleh radikal bebas. 

Manakala peria dapat mengawal gula dalam darah serta menurunkan kadar kolesterol dalam badan.

Khasiat kacang botol ini dapat mengurangkan sakit kepala dan mempunyai serat yang tinggi.

3. Ayam bakar bersama salad (RM8)

Sumber (June Ed, Facebook)
Sumber (June Ed, Facebook)
  • Ayam (RM 9.40 – 1 kg)
  • Sayur salad (RM 3.00 – 250 gram)
  • Tomato (RM 4 – 1 kg)

Kalau korang nak tahu, khasiat ayam bakar ini memiliki kandungan vitamin B kompleks yang dapat membantu untuk mendorong enzim serta proses metabolisme tubuh yang dapat digunakan untuk menjaga kesihatan pembuluh darah, sumber energi, serta pembakaran kalori yang cepat sehingga mampu untuk menjaga berat badan. 

Manakala salad pula kaya dengan serat, cegah penyakit, kawal berat badan dan juga cegah kanser.

Jom kita tengok khasiat tomato pula yang dikatakan sebagai sumber vitamin. 

Sebiji tomato boleh membekalkan sekurang-kurangnya 40% daripada keperluan vitamin C dalam badan. 

Selain itu, tomato juga mengandungi vitamin A yang mempunyai sangat penting untuk sistem imun, kulit dan penglihatan. 

Tomato juga tinggi dengan kandungan vitamin K yang bagus untuk tulang.

4. Ayam bakar perap dengan cendawan kentang (RM8)

menu diet suku-suku separuh
Sumber (June Ed, Facebook)
  • Ayam (RM 9.40 – 1 kg)
  • Cendawan  (RM 1.40 – 1 paket)
  • Kentang (RM 2 – 500 gram)
  • Sayur salad (RM 3.00 – 250 gram)

Nampak menarikkan menu diet suku-suku separuh yang ni. Mari saya beritahu khasiat bagi setiap makanan diet seimbang dalam potion ini. 

Seperti yang korang baca, menu sebelum ini saya ada beritahu mengenai khasiat ayam. Dengan kaedah membakar ini makanan yang dimasak mengandungi nutrisi yang berkhasiat. 

Selain membekalkan vitamin yang diperlukan tubuh, ianya juga membekalkan sumber mineral kepada badan. 

Kandungan nutrisi cendawan pula adalah sebagai antikanser, kesihatan jantung dan juga anti-diabetik dan anti-obesiti. 

Manakala kentang mengandungi pelbagai nutrien, baik untuk sistem penghadaman, baik untuk kesihatan tulang dan mengenyangkan.

5. Salmon bersama salad (RM15)

Sumber (Herawati Basri, Facebook)
  • Ikan Salmon (RM 10 – 1 hirisan)
  • Sayur salad (RM 3.00 – 250 gram)
  • Tomato (RM 4 – 1 kg)
  • Cili Benggala (RM1.50 – 1 biji)

Menu diet suku-suku separuh kalini simple sahaja dimana ada ikan salmon yang di grill atau dibakar  dan juga salad yang diletakkan mayonis. 

Kalau korang nak tahu, ikan salmon ini kaya dengan minyak ikan iaitu omega-3, boleh menurunkan paras kolestrol dalam badan, membantu menurunkan tekanan darah, sumber protein yang baik dan mengurangkan berat badan. 

Amatlah sesuai kepada sesiapa yang mahukan berat badan ideal. Sekarang kita tengok pula khasiat cili benggala ini. 

Cili benggala dapat mengurangkan kolestrol, menjaga kesihatan rambut dan kulit, merangsang peredaran darah dan mencegah kekurangan zat besi.

Sebenarnya, menu diet suku-suku separuh tidaklah perlu mahal ataupun memerlukan kos yang tinggi. Ianya hanyalah cara kaedah seseorang itu masak dan berapa banyak yang mereka perlu amik. 

Sekiranya korang inginkan berat badan ideal mulakanlah sekarang sebelum ianya terlambat. Dan sekiranya korang perlukan produk kesihatan, korang boleh dapatkan di website rasmi Durra Active, shopee Moonaz Swimming Attire Official Store dan juga butik Yuna Valet berdekatan dengan anda.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Bahaya Gula Putih Kepada Badan Manusia

BAHAYA GULA PUTIH KEPADA BADAN MANUSIA  Gula putih atau gula pasir adalah sumber tenaga bagi tubuh manusia. Nama lainnya sukrosa. Iaitu gabungan gula ringkas fruktosa

diet suku-suku separuh

5 Tip Penting Diet Suku-Suku Separuh

Bagi korang yang inginkan badan yang sihat dan pinggang yang ramping, korang mestilah berdiet dengan makanan yang sihat dan juga bersenam. Tahukah korang dengan diet

Shopping Cart