diet suku-suku separuh

5 Tip Penting Diet Suku-Suku Separuh

Nak Dapatkan Info Kesihatan dan Sukan Terkini? Sertai Durra Active Health Lifestyle

Bagi korang yang inginkan badan yang sihat dan pinggang yang ramping, korang mestilah berdiet dengan makanan yang sihat dan juga bersenam. Tahukah korang dengan diet dapat menurunkan dan mengekalkan berat badan serta membantu meregulasikan hormon badan. 

Ada pelbagai jenis diet yang korang boleh pilih antaranya Atkins diet, puasa berselang-seli (IF), diet Keto, diet kalori dan diet suku-suku separuh. Ada 5 menu diet suku-suku separuh yang anda boleh cuba.

5 Tip Penting Diet Suku-suku Separuh

diet suku-suku separuh

Entri kita pada kali ini akan membincangkan mengenai tip penting diet suku-suku separuh.  Haa korang nak tahu tak apa itu diet suku-suku separuh? 

Suku suku separuh sebenarnya adalah satu konsep pemakanan yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam program Pinggan Sihat Malaysia. 

Konsep ini adalah bagi memudahkan visualisasi dalam pinggan dalam pembahagian jenis makanan ketika waktu makan. 

Diet ini menggunakan teknik pembahagian makanan kepada tiga jenis makanan. Separuh bahagian ialah sayur atau buah-buahan, manakala lagi dua sukatan suku ialah karbohidrat dan protein.

Jom kita lihat apakah tip penting diet suku-suku separuh!

1. Rancang waktu makan

Sebagai permulaan, cuba untuk kontrol pengambilan kalori dalam pemakanan. Korang perlu tahu waktu makan, waktu snek dan rancang apa yang hendak dimakan. 

Yang paling penting adalah ambil 3 hidangan utama setiap hari dan jadualkan pengambilan makanan dengan jarak masa tidak melebihi 3 ke 4 jam di antara waktu makan dan waktu snek. 

Sekiranya korang bekerja pejabat, sudah tentunya ada masa untuk makan sebelum memulakan kerja, waktu makan tengah hari dan selepas pulang dari kerja. 

Pastikan korang ambil 3 hidangan utama dan barulah ambil snek selepas 3 jam sekiranya terasa lapar.

2. Banyakkan sayuran dan buah-buahan

Hidangan yang lengkap mengandungi kumpulan makanan utama dalam Piramid Makanan supaya seseorang itu boleh mendapatkan nutrien yang diperlukan setiap hari iaitu nasi dan bijirin yang merupakan karbohidrat; ikan, ayam itik, daging, telur dan kekacang sebagai sumber protein; dan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk vitamin dan mineral.

Korang perlu banyakkan mengambil sayuran dan buah-buahan dan juga boleh dijadikan snek tambahan sekiranya lapar. 

Korang boleh variasikan hidangan sayur seperti sayur berdaun hijau, sayur berwarna, sayur buah, sayur kekacang dan ulam-ulaman. 

Pastikan sayur disediakan dengan kaedah masakan yang sihat seperti mengukus, mencelur dan menggoreng kilas. 

Untuk buah pula, korang boleh mengambil buah seperti betik, pisang, jambu batu, tembikai susu dan mangga dalam menu diet korang.

https://www.traditionrolex.com/35

3. Saiz pinggan

diet suku-suku separuh

Kalau korang nak tahu, saiz pinggan juga penting untuk kita gunakan. Pinggan suku-suku separuh tapi besar nya. 

Kita kene tahu portion makanan yang perlu diambil. Gunalah pinggan suku-suku separuh yang sederhana besar supaya kita tidak letak banyak makanan dan tidak tertipu dengan kuantiti makanan yang kita boleh ambil. 

Saiz pinggan dewasa dalam 9 inci manakala pinggan kanak-kanak pula adalah 7 inci.

4. Makan makanan yang dimasak dirumah dengan lebih kerap

Untuk mendapatkan nutrisi yang cukup makanlah makanan yang dimasak dirumah kerana kita tahu kondisi makanan tersebut. 

Kaedah memasak memainkan peranan penting dalam menentukan sihatnya sesuatu hidangan itu. Contohnya, makanan bergoreng mengandungi lebih banyak minyak yang tidak menyihatkan. 

Jadi pilih makanan yang disediakan dengan kaedah seperti mengukus, membakar, memanggang atau mencelur. 

Ini kerana cara makanan yang dimakan mempunyai nutrisi yang lengkap.

5. Minum air masak dengan secukupnya

diet suku-suku separuh

Korang perlu minum air masak terutama sebelum makan. Air masak boleh jadikan kulit kita sihat dan putih yang penting ambil air dari asas yang bersih tau. 

Barulah terhindar dari sebarang penyakit. Tahukah korang minum air putih ni banyak manfaatnya untuk tubuh badan kita. 

Manfaat air putih juga bukan sekadar untuk tubuh badan tapi amat bagus untuk kecantikan, ianya dapat melembapkan dan menyegarkan kulit. Ambil air putih sekurang-kurangnya 6 ke 8 gelas sehari. 

Selain itu, korang juga boleh minum susu rendah lemak, susu skim atau minuman kacang soya bagi memenuhi keperluan kalsium dan vitamin.

Suku Suku Separuh adalah ringkasan kepada saranan Pinggan Sihat Malaysia. Jika korang mahukan kesan pada kesihatan dengan lebih baik, amalkan konsep pemakanan ini bersama intermittent fasting. 

Selamat mencuba! Tambahan pula, sekiranya korang perlukan produk kesihatan, korang boleh dapatkan di website rasmi Durra Active, shopee Moonaz Swimming Attire Official Store dan juga butik Yuna Valet berdekatan dengan anda.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

1 thought on “5 Tip Penting Diet Suku-Suku Separuh”

  1. Pingback: Rahsia Memilih Minyak Wangi Lelaki Tahan Lama

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Bahaya Gula Putih Kepada Badan Manusia

BAHAYA GULA PUTIH KEPADA BADAN MANUSIA  Gula putih atau gula pasir adalah sumber tenaga bagi tubuh manusia. Nama lainnya sukrosa. Iaitu gabungan gula ringkas fruktosa

diet suku-suku separuh

5 Tip Penting Diet Suku-Suku Separuh

Bagi korang yang inginkan badan yang sihat dan pinggang yang ramping, korang mestilah berdiet dengan makanan yang sihat dan juga bersenam. Tahukah korang dengan diet

Shopping Cart