makanan diet seimbang

5 Makanan Diet Seimbang Umur 30 Tahun ke Atas

Nak Dapatkan Info Kesihatan dan Sukan Terkini? Sertai Durra Active Health Lifestyle

Bila dah mencecah umur 30 tahun ni, kita perlulah prihatin dalam menjaga kesihatan tubuh badan kita. Terutamanya dari segi pemakanan dan keperluan makanan diet seimbang pada usia sebegini.

Kebanyakan daripada kita telah mempunyai kerjaya yang stabil dan berkeluarga. Adakalanya, kita terlalu sibuk sehingga tidak peduli dengan pemakanan yang menjadi faktor kesihatan bagi seseorang individu.

Sudah tentu kesihatan tubuh badan juga perlu dititik beratkan. Selain dari bersenam, pemakanan juga adalah faktor penting untuk menjamin kesihatan kita dan ketahui pelbagai kebaikan bersenam. Perlu diingatkan bahawa metabolisma seseorang itu akan semakin menurun seiring dengan peningkatan usia.

5 Makanan Diet Seimbang Umur 30 Tahun ke Atas

makanan diet seimbang

Jom kita tengok apakah makanan diet seimbang untuk mereka yang berumur 30 tahun dan ke atas.

1. Bayam

Bayam atau sayuran berdaun hijau mengandung nutrisi, vitamin dan serat yang penting untuk kesihatan fungsi tubuh manusia. Seorang dewasa memerlukan vitamin C sebanyak 70mg sehari.

Vitamin C penting untuk pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang bertanggungjawab untuk memberi struktur tulang, salur darah dan otot. Ianya boleh didapati pada sayuran ini kerana 1 genggam bayam yang dimasak bersamaan dengan 15mg sumber vitamin C. 

Oleh itu, sangat penting bagi wanita yang berada di usia 30-an memasukkan bayam dalam menu harian mereka untuk makanan diet seimbang.

2. Telur

Telah terbukti bahawa telur dapat membantu mengurangkan pembekuan darah, stroke dan serangan jantung. Telur mengandung vitamin D dan membantu mencegah terjadinya kanser payudara.

Telur juga merupakan sumber protein yang sangat baik. Terdapat sebuah kajian mendapati bahawa memakan sebiji telur setiap hari tidak dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung koronari dan strok.

Sebenarnya, ramai yang takut nak makan telur kerana telur kuning dikatakan ada kolesterol. Putih telur terdiri daripada kandungan protein dan rendah kolesterol, kuning telur pula adalah sebaliknya, dengan memiliki kandungan kolesterol yang lebih tinggi.

3. Kacang

makanan diet seimbang

Kacang juga harus dimasukkan dalam menu harian, khususnya bagi wanita berusia 30-an. Makanan ini sangat kaya akan zat besi dan folat. Folat sangat penting untuk ibu hamil kerana mendorong perkembangan janin yang sihat.

Kacang juga berupaya untuk menghalang penyakit kanser kerana kandungan lemak tidak tepu, vitamin dan mineral serta komponen bioaktif yang terdapat dalam bahagian isinya dalam makanan diet seimbang.

4. Bijirin

Bijirin mengandungi banyak protein dan serat yang membuat anda kenyang lebih lama. Ini adalah makanan yang sempurna untuk dimasukkan ke dalam diet harian jika anda ingin menjaga berat badan yang sihat kerana bijirin mengandungi rendah kalori dan lemak.

Bijirin juga mempunyai tinggi serat yang dapat membantu sistem penghadaman dengan melancarkan pergerakan najis. Oleh itu, proses membuang air besar menjadi lebih senang dan dapat mengelakkan masalah sembelit.

Selain itu, bijirin merupakan sumber mineral dan vitamin yang penting untuk fungsi tubuh yang optimal. Contohnya, bijirin kaya dengan vitamin B yang membantu mengubah makanan menjadi tenaga, dan juga memiliki mineral seperti zat besi yang penting untuk membentuk sel darah merah.

Lebih-lebih lagi, beberapa bijirin telah diperkaya dengan nutrien-nutrien penting seperti kalsium dan vitamin D yang membantu memperkuat tulang. Oleh itu, pengambilan bijirin secara konsisten dalam diet harian bukan sahaja membantu dalam pengurusan berat badan, tetapi juga memberi manfaat kesihatan yang luas apabila amalkan makanan diet seimbang.

5. Yogurt

makanan diet seimbang

Setelah anda mencapai usia 30-an, anda perlu memastikan bahawa anda mengambil banyak kalsium. Kalsium dapat membantu kesihatan tulang dan melindungi anda dari osteoporosis. Yogurt adalah makanan terbaik untuk menjaga berat badan yang sihat sambil terus memenuhi kalsium setiap hari.

Bagi mereka yang mempunyai alahan dengan laktosa atau minuman tenusu seperti susu, yogurt menjadi pilihan untuk mendapatkan nutrisi alternatif. Hal ini kerana yogurt mudah dicerna dan mempunyai nutrisi yang hampir sama dengan susu.

Jadi, inilah lima makanan diet seimbang yang baik bagi wanita yang menginjak usia 30-an atau lebih. Perbanyakkan mengambil makanan sihat dan lakukan aktiviti senaman fizikal sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari. Jangan lupa juga untuk selalu minum 8-10 gelas air sehari.

Sekiranya korang perlukan produk kesihatan, korang boleh dapatkan di website rasmikedai shopee dan juga butik Yuna Valet berdekatan dengan anda.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Bahaya Gula Putih Kepada Badan Manusia

BAHAYA GULA PUTIH KEPADA BADAN MANUSIA  Gula putih atau gula pasir adalah sumber tenaga bagi tubuh manusia. Nama lainnya sukrosa. Iaitu gabungan gula ringkas fruktosa

diet suku-suku separuh

5 Tip Penting Diet Suku-Suku Separuh

Bagi korang yang inginkan badan yang sihat dan pinggang yang ramping, korang mestilah berdiet dengan makanan yang sihat dan juga bersenam. Tahukah korang dengan diet

Shopping Cart