WELCOME TO DURRA ACTIVE
vitamin yang diperlukan tubuh

5 Vitamin Yang Diperlukan Tubuh untuk Kulit Wanita

Nak Dapatkan Info Kesihatan dan Sukan Terkini? Sertai Durra Active Health Lifestyle

Penjagaan kulit merupakan suatu keutamaan dan perlu diberikan perhatian oleh setiap individu. Lebih-lebih lagi kerana ia merupakan organ yang terbesar pada tubuh badan. Ramai orang akan tertanya-tanya apakah cara terbaik untuk mendapatkan kecantikan dan kesihatan kulit?

Vitamin yang diperlukan tubuh berfungsi untuk mengurangkan bintik-bintik hitam, kedutan, kulit kasar, kulit kering, kemerahan dan pelbagai lagi masalah yang berkaitan dengan kulit. Terdapat juga campuran vitamin yang khusus untuk mengekalkan kesihatan kulit yang terbaik.

Pendedahan terhadap cahaya matahari selama 10 ke 15 minit sehari sebenarnya adalah bagus untuk membantu badan korang menghasilkan vitamin D pada permukaan kulit. Vitamin D, dan vitamin-vitamin yang lain seperti vitamin C, E dan K adalah penting dan bagus untuk kesihatan kulit serta kesihatan jantung.

5 Vitamin Yang Diperlukan Tubuh untuk Kulit Wanita Kekal Muda

vitamin yang diperlukan tubuh

5 Makanan Diet Seimbang Umur 30 Tahun ke Atas

Jom kita tengok apakah vitamin yang diperlukan untuk kulit wanita kekal muda!

1. Vitamin B5

Vitamin ini turut dikenali sebagai panthenol atau asid pantotenik yang merupakan salah satu vitamin terbaik untuk kulit bagi kekal elastik dan kekal lembap. Asid Pantotenik juga penting untuk menghalang jerawat dan mengurangkan tanda-tanda penuaan kulit.

Jika korang inginkan kulit kekal lembap, cukup hidrat dan nampak muda jangan tinggalkan vitamin B5 ini kerana ia vitamin yang diperlukan tubuh. Biasanya vitamin terbaik untuk kulit ini dijumpai di dalam makanan seperti kuaci, sayur brokoli dan juga cendawan.

2. Vitamin E

vitamin yang diperlukan tubuh

5 Pilihan Minyak Wangi Lelaki yang Disukai Wanita Malaysia

Fungsi utamanya adalah untuk memberi perlindungan kepada kulit daripada sinar cahaya UV matahari. Ia dapat membantu melembapkan kulit yang rekah dan menjadi kering.

Dengan kesan vitamin E, ia dapat mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan, menyembuhkan dan melembapkan kulit. Vitamin E boleh dijumpai dalam makanan seperti minyak zaitun, badam, kuaci dan sayur aprikot.

Ditambah lagi, kegunaan vitamin E dalam penjagaan kulit tidak boleh dipandang ringan. Selain daripada melindungi kulit daripada bahaya sinar UV matahari, vitamin E juga memainkan peranan penting dalam memelihara kelembapan kulit, terutamanya bagi kulit yang kering dan merekah.

Ia juga dikenali sebagai agen anti-penuaan yang hebat kerana keupayaannya untuk mengurangkan garis halus dan kedutan, serta mempromosikan penyembuhan dan kelembutan kulit. Oleh itu, pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin yang diperlukan tubuh seperti minyak zaitun, badam, kuaci dan sayur aprikot boleh membantu memperkaya kulit dengan kebaikan ini.Seperti yang dinyatakan dalam artikel ini, anda boleh menyemak imbas pilihan tawaran yang tersedia pada telefon pintar dan jenama teratas serta meneroka pelan perkhidmatan telefon bimbit yang paling sesuai dengan keperluan anda.

3. Vitamin A

Sekiranya anda mencari vitamin terbaik untuk kulit yang anti-penuaan, Vitamin A adalah jawapannya. Vitamin A akan memberikan manfaat dalam membantu meningkatkan pergantian sel dan keanjalan pada kulit anda semasa anda tidur. Antara makanan yang mengandungi vitamin A adalah lobak, acai berry dan ubi keledek sebab itulah makan sayur penting untuk dapatkan vitamin yang diperlukan tubuh.

4. Vitamin C

Vitamin C amat baik untuk kulit dalam membantu mencerahkan kulit secara semula jadi untuk melawan bintik-bintik gelap. Ia menggalakkan penghasilan kolagen dalam menjaga kulit dari pencemaran bahan radikal bebas. Vitamin C juga bertindak untuk membantu dalam memulihkan tona kulit agar kelihatan sekata.

Buah-buahan seperti nenas, mangga dan strawberi biasanya kaya dengan vitamin C yang diperlukan oleh kulit. Disebabkan itu, kita dapat melihat pelbagai produk kecantikan dan kesihatan kulit yang mempunyai kandungan vitamin C dan kita boleh lihat terdapat pelbagai produk vitamin c untuk kulit di farmasi.

5. Vitamin B3

vitamin yang diperlukan tubuh

Dapatkan Pakaian Sukan Muslimah di Durra Active Store

Juga dikenali sebagai niasin atau niacinamide, Vitamin B3 bertindak sebagai antioksidan dengan kemampuan pencerahan dan anti penuaan yang sangat baik. Vitamin B3 ini sangat bagus dalam mengendalikan kolesterol dalam badan.

Jadi risiko penyakit diabetes juga dapat dikurangkan. Tambahan pula, vitamin ini dapat meningkatkan fungsi otak dan sarafnya dalam keadaan baik. Beberapa jenis makanan yang terdapat dalam vitamin yang diperlukan tubuh ini adalah ayam, ikan, kekacang, biji-bijian, roti dan sereal.

Jadi kepada korang yang ingin kelihatan awet muda sentiasa siap siagalah diri korang dengan pengambilan vitamin yang diperlukan tubuh ini dari awal bagi mengekalkan kesihatan dalaman. Vitamin ini boleh diambil dalam bentuk pil mahupun didalam menu makanan seharian. Bagi pil tambahan pula pastikan korang membaca label dahulu bagi mengelakkan masalah kesihatan yang tidak diingini.

Tambahan pula, sekiranya korang perlukan produk kesihatan, korang boleh dapatkan di website rasmikedai shopee dan juga butik Yuna Valet berdekatan dengan anda.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
Leave a Reply

On Key

Related Posts

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping