“Penting ke bersukan? Apakah kebaikan bersenam? Apakah kebaikan bersukan?” Apa jawapan korang ? Sure korang jawab penting kan ?
Tapi, bila nak buat senaman tu belum tentu lagi.. hihihi. Tajuk harini agak cliche. Admin nak share kenapa senaman tu sangat penting dan juga tips mudah nak mulakan senaman anda. Terutamanya yang nak tahu pasal senaman ringan untuk kurus tu..
10 Kebaikan Bersukan

At perfectreplica.io, we offer an exquisite selection of Rolex replica watches that capture the essence of luxury without the hefty price tag. Our meticulously crafted cloned watches are designed for those who appreciate fine craftsmanship and style. Whether you’re dressing up for a special occasion or looking to elevate your everyday attire, our perfectreplica collection ensures you find the ideal timepiece that exudes sophistication and elegance. Explore our range today and discover the perfect watch that complements your lifestyle.
1. Kesihatan Tulang
Peningkatan usia akan menyebabkan berlakunya pengurangan mineral tulang. Senaman adalah salah satu cara untuk menguatkan tulang dan mencegah daripada kerapuhan tulang.
2. Kesihatan Jantung
Bersenam bantu tingkatkan kesihatan jantung. Tindakbalas jantung menjadi lebih cekap dan efisien. Otot jantung juga semakin kuat. Dengan itu, risiko untuk mendapat penyakit jantung juga akan berkurang.
3. Mengekalkan Stamina & Lebih Bertenaga

Apabila anda menjadikan senaman sebagai rutin, tahap stamina akan menjadi semakin baik dan tubuh juga lebih bertenaga. Ini kerana, tubuh anda berfungsi dengan lebih cekap, sel-sel yang terdapat didalam tubuh menerima banyak oksigen.
4. Kesihatan dan Kecantikan Kulit
Senaman secara konsisten dan sederhana boleh memberikan perlindungan antioksidan dan menggalakkan peredaran darah yang sihat, yang boleh melindungi kulit anda dan melambatkan tanda-tanda penuaan.
5. Manfaat Bersenam - Mengurangkan Kesakitan Kronik
Selain itu, bersenam juga membantu dalam mengurangkan kesakitan kronik ini terutamanya bagi sakit belakang kronik dan fibromyalgia. Pengurangan kesakitan kronik melalui senaman ini diharapkan membantu mengurangkan tekanan emosi dan sosial serta mengurangkan kebergantungan kepada ubat tahan sakit.
6. Kebaikan Bersukan Kepada Murid - Kesihatan Otak dan Memori
Senaman yang kerap bantu meningkatkan peredaran darah ke otak dan membantu kesihatan otak dan ingatan. Bagi golongan yang berusia, ianya dapat membantu melindungi fungsi mental.
7. Mood Menjadi Lebih Baik
Aktiviti bersenam dikatakan mampu mengurangkan risiko kemurungan. Contohnya seperti senaman aerobik yang bantu meningkatkan mood, ini adalah kerana hormon ‘endorphin’ yang ada didalam tubuh dirembeskan keluar.
8. Tidur Lebih Lena
Bersenam menjadikan tidur anda menjadi lebih baik dan lena. Fungsi imun juga semakin meningkat dan mengurangkan risiko daripada penyakit yang berbahaya seperti penyakit jantung, kencing manis dan masalah kognitif.
9. Lebih Tenaga di 'Bilik Tidur'
Bersenam bukan sahaja jadikan kita bertenaga di siang hari, malah ia juga menunjukkan kebaikan dari fungsi seksual. Senaman berterusan yang menjamin jantung yang sihat, peredaran darah yang baik, emosi yang baik serta tidak asyik berasa penat pastinya menyumbang kepada kecergasan anda di bilik tidur.
10. Tingkatkan Kualiti Pembacaan Al-Quran
Bagi umat islam, membaca al-quran adalah satu rutin dan amalan yang dituntut. Apabila sentiasa melakukan senaman, badan kita akan ada peningkatan pernafasan yang bagus. Stamina juga akan bertambah baik. Faktor-faktor ini akan menyumbang kepada kualiti seseorang itu dalam kelancaran membaca ayat-ayat suci al-quran.
Tips mudah untuk kekalkan motivasi bersenam

Pilih senaman yang paling mudah dan seronok yang sesuai dengan jiwa anda. Mulakan 1 minggu 30 minute dahulu. slowly progress.
Jangan ikut semua rutin yang di ada internet. Kerana ia mungkin tidak sesuai dengan level anda. Pick your pace. Dapatkan terlebih dahulu knowledge dari jurulatih atau fitness instructor yang bertauliah. Lepas tu dah tau sikit-sikt basic, boleh gugel je rutin di internet.
Fahami dan pegang Big Why anda untuk nak bersenam. Cari geng yang suka dengan senaman. Kita akan kekal bersemangat jika ada rakan-rakan yang sama-sama dalam journey sihat & aktif.
Mulakan di tempat ‘comfort space’ anda. Contoh, jika ia di atas kerusi, mulakan dengan pergerakan senaman menggunakan kerusi. Jom kita mulakan sekarang !!!! Active-Action kan rutin anda untuk bersenam. Semestinya hari-hari anda akan lebih positif. Selamat bermula kerana mempunyai banyak kebaikan bersenam!