baju mandi budak

5 Ciri Baju Mandi Budak Muslim yang Sesuai dipakai

Nak Dapatkan Info Kesihatan dan Sukan Terkini? Sertai Durra Active Health Lifestyle

Berenang merupakan salah satu sukan yang menyihatkan badan, menguatkan kecerdasan minda disamping menjadi pembakar kalori yang tinggi dalam jangka waktu yang singkat. Kanak-kanak suka bermain dengan air, jadi dengan berenang mereka dapat manfaat daripada kesihatan fizikal, menambah baik koordinasi dua hala, mencegah obesiti kanak-kanak, membantu kanak-kanak tidur, membantu dalam masalah sensori, mengurangkan tekanan dan menggalakkan kemahiran sosial.

5 Ciri-ciri Baju Mandi Budak Muslim yang Sesuai dipakai

baju mandi budak

Topik kita pada kali ini akan membincangkan mengenai ciri-ciri baju mandi budak muslim yang sesuai dipakai. Kanak kanak juga mempunyai fesyen baju renang yang direka khas untuk keselesaan dan mudah ketika bermandi-manda. Pernah tak korang lihat kanak-kanak berpakaian gaun untuk bermandi manda?

Ya. Tapi itu kerana mereka sikecil tidak dipadankan dengan pakaian renang khas mereka sendiri. Adakah ianya selamat? Ha! pasti korang terfikir, selamat ke pakaian yang kanak-kanak itu pakai sedangkan kanak-kanak itu lincah bermain air. Nah! oleh itu, wujud lah trend sekarang iaitu Trend Baju Renang khas buat kanak-kanak.  

Jom kita lihat apakah ciri-ciri baju mandi budak yang sesuai dipakai!

1. Ciri sopan dan tidak terlalu seksi.

Selalunya musim cuti sekolah para ibu bapa mesti akan membawa anak-anak pergi bercuti tidak kiralah ke mall, berkelah di pantai mahupun hotel yang mempunyai kolam renang. Apabila bercakap mengenai pantai mahupun kolam renang, pemilihan pakaian renang amatlah dititikberatkan oleh ibu bapa mengikut trend terkini.

Terdapat pelbagai pilihan baju mandi budak yang terdapat dipasaran. Ibu bapa haruslah memilih dengan teliti bagi keselesaan dan keselamatan anak korang. Ciri sopan dan tidak terlalu seksi mengikut syarie menjadi pilihan bagi kanak-kanak muslim. Cutting yang tidak terlalu ketat mahupun longgar menjadi pilihan para ibu bapa.

Korang boleh memilih lengan panjang dan juga seluar panjang bagi yang ingin menutup aurat. Apa yang penting ianya nampak elegan dan minimalist pasti anak-anak teruja untuk memakainya. 

2. Warna yang sedikit terang bagi memudahkan pemantauan di dalam air.

baju mandi budak
baju mandi budak

Korang nak tahu tak! Pemilihan warna baju mandi budak ini sebenarnya amat penting bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Kenapa ya? Ha ini kerana pemilihan warna biru muda amatlah tidak sesuai bagi kanak-kanak untuk bermandi di kolam renang.

Disebabkan warna pakaian berkenaan seakan-akan dengan persekitaran kolam menyebabkan kanak-kanak sukar untuk dilihat dan berkemungkinan akan menjejaskan keselamatan mereka. Untuk bayi atau kanak-kanak yang masih kecil, ibu bapa digalakkan memilih pakaian renang rona terang seperti kuning, jingga, hijau atau neon. 

Ini dapat membantu penglihatan kehadiran mereka saat berada di dalam kolam atau persekitaran air. Jadi para ibu bapa haruslah memilih pakaian rona warna terang bagi menjamin keselamatan anak korang. 

3. Saiz sesuai dengan badan dan umur.

OMT04_Omar Hana swimsuit_
OMT04_Omar-Hana-swimsuit

Pemilihan saiz baju mandi budak hendaklah mengikut badan dan umur kanak-kanak tersebut. Sebelum membeli ibubapa haruslah melihat ukuran sepadan ataupun tidak. Ini kerana, sekiranya kanak-kanak tersebut memakai pakaian yang longgar ataupun besar boleh menjejaskan keselamatannya.

Baju tersebut boleh tercabut daripada badan ataupun boleh menutupi muka kanak-kanak, mahupun tersangkut dimana-mana bahagian tepi kolam renang. Sekiranya terlalu ketat pun tidak elok juga kerana boleh mengakibatkan tekanan ataupun geseran pada kulit. 

Malah, pemilihan baju mandi budak ini haruslah tidak terlalu ketat atau longgar sehingga menyusahkan pergerakan. Nama lagi kanak-kanak kan mestilah mereka lincah ketika berada di air. 

4. Tidak berlebihan dan beropol-ropol atau bertali yang boleh menjadikan ia tersangkut dalam kolam.

Perlulah diingatkan kepada ibubapa dimana pemilihan baju yang bermanik dan beropol-ropol amatlah tidak digalakkan untuk memakainya di kolam renang. Memang ianya nampak cantik dimata tetapi ianya amatlah tidak sesuai untuk dipakai di dalam kolam renang. Pakaian yang selesa amatlah sesuai bagi kanak-kanak untuk mereka memakainya sepanjang hari. 

5. Bahan pakaian renang yang selesa sesuai dengan air dan mudah kering.

HNT08-Omar-Hana-swimsuit
Omar Hana swimwear for toddler

Baju mandi budak haruslah selesa, cantik dan selamat. Korang juga harus melihat bahan,  dan kualiti jahitannya bagi keselesaan kanak-kanak. Baju renang yang menggunakan bahan elastik adalah cepat kering dan sesuai dengan air. Tambahan pula, baju renang yang berbau bahan kimia boleh membahayakan si pemakai dan juga keadaan air kolam.

Apa sahaja baju renang yang dipilih oleh ibu bapa perlu diberi perhatian kepada kualiti dan juga keselamatan kanak-kanak. Ibu bapa perlu menitikberatkan ciri-ciri di atas untuk pemilihan baju renang si manja. Anak suka ibu bapa senang hati! Jangan lupa, sekiranya korang nak dapatkan baju renang kanak-kanak muslim korang boleh dapatkan di website rasmi Durra Active, shopee Moonaz Swimming Attire Official Store dan juga butik Yuna Valet berdekatan dengan anda.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Bahaya Gula Putih Kepada Badan Manusia

BAHAYA GULA PUTIH KEPADA BADAN MANUSIA  Gula putih atau gula pasir adalah sumber tenaga bagi tubuh manusia. Nama lainnya sukrosa. Iaitu gabungan gula ringkas fruktosa

diet suku-suku separuh

5 Tip Penting Diet Suku-Suku Separuh

Bagi korang yang inginkan badan yang sihat dan pinggang yang ramping, korang mestilah berdiet dengan makanan yang sihat dan juga bersenam. Tahukah korang dengan diet

Shopping Cart