Ramai dari kita suka ambil mudah bila nak beraktiviti air dan abaikan baju renang.
“Boleh je lah pakai tshirt muslimah nih, main tema air”, kata mak kepada anaknya.
“Boleh je pakai seluar sukan nih masuk air, bukan ada orang tahu pun”, kata bapa kepada anaknya.
“Pakai jerklah baju nih, senang tak perlu tukar tukar baju”, kawan bagi cadangan.
Ini antara kata-kata dari ibu bapa kepada anak-anak atau kawan-kawan semasa nak beraktiviti air. Ramai yang tak sedar ia mungkin membahayakan anak sendiri.
Dari nak bersuka ria dan ‘bonding time’ dengan keluarga, mungkin isu keselamatan menjadi taruhan. Ada yang nak ambil mudah atau nak berjimat tanpa memikirkan kesan semasa aktiviti tersebut.
Tetapi ada juga ramai ibu bapa tidak tahu dan kurangnya ilmu, mengenai perlunya baju renang semasa aktiviti air, samada didalam kolam renang terutama yang dalam dan taman tema air. Bagi yang nak tambahkan ilmu, mari saya kongsikan apatah lagi baju renang muslimah adalah penting untuk para wanita.
5 Sebab Kenapa Baju Renang Wajib Digunakan Di Kolam Renang Dan Tema Air Yang Ramai Tak Tahu
Ada lima (5) sebab kenapa swimming suit malaysia wajib digunakan semasa di kolam renang atau taman tema air. Mungkin ramai lagi tak tahu mengenainya.
1. Keselamatan
Pertama tentulah bab keselamatan anak dan diri sendiri. Baju renang dicipta seringkasnya dan tanpa ciri-ciri seperti tali yang mungkin tersangkut di tempat-tempat kolam renang.
Baju renang juga dicipta ringkas tanpa ropol-ropol serta kain yang berlebihan. Ini bagi mengelakkan kita tersangkut di kawasan berair dan juga dalam air.
2. Material Baju Renang
Keduanya adalah bahan baju renang yang digunakan adalah khusus untuk air, penyerapan air yang paling minima dan tidak memberatkan kita yang memakainya.
Bila baju renang kurang menyerap air, ia memudahkan pergerakkan semasa dalam air juga ketika basah. Ia sangat penting bila ada kes-kes kecemasan dimana perlunya tugas menyelamatkan mangsa lemas.
Bila baju berat, ia juga meningkatkan risiko lemas kepada mangsa dan penyelamat mangsa.
3. Penjagaan Kolam
Ketiganya adalah untuk kepentingan pemilik kolam atau penyelenggaraan kolam renang dan taman tema. Bahan pakaian yang kurang sesuai tapi digunakan didalam air akan menyebabkan kos penyelenggaran yang tinggi kepada kolam.
Sebagai contoh bahan cotton yang meninggalkan benang kain semasa basah. Benang-benang yang tertanggal ini akan menyebabkan filter tersumbat dan rosak dengan lebih kerap.
Bagi mengelakkan kerosakan, kerja pembersihan dan penyelenggaran perlu dilalukan lebih kerap. Kekerapan ini menjadikan kos masa dan tenaga meningkat.
Oleh sebab itu, banyak kolam-kolam renang awam dan hotel ternama, mewajibkan pemakaian yang sesuai semasa di kolam renang.
Pakaian selain spendax dan lycra akan mudah luntur dengan klorin dan bahan-bahan dalam air kolam. Filter kolam renang akan lebih mudah rosak.
4. Penjagaan Alatan
Keempat adalah untuk kepentingan alatan aktiviti air dan kolam. Pakaian biasa seperti seluar berbutang, berzip dan bergetah-getah akan menyebabkan alatan seperti gelongsor air ditaman tema akan rosak.
Aksesori pakaian memang cantik dipakai semasa diluar air. Tetapi dalam air, ianya kurang sesuai dimana ianya kemungkinan tajam, terutama dari bahan bei. Selain merosakkan alatan, ia juga boleh menyebabkan kecederaan kepada orang lain bila tercucuk tanpa disedari.
5. Aurat
Kelima adalah isu aurat. Sebagai muslim yang mementingkan aurat. Kita sendiri tahu bahawa, pakaian yang dipakai sopan ketika didarat mungkin jadi tak sopan di dalam air. Sebagai contoh baju jubah. Baju jubah di dapat akan Nampak menutup aurat.
Tetapi bila didalam air, pakaian jubah kemungkinan akan terangkat dan menampakkan kaki serta aurat perenang. Biasanya baju renang yang khusus akan dijahi bagi mengelakkan baju terangkan didalam air terutamanya wanita muslimah.
Jika baju renang lelaki juga, biasa kan di buat lebih labuh dari baju biasa bagi menutup bahagian punggung. Kebanyakan pakaian bila basah akan melekap ke badan dan menampakkan bentuk tubuh.
Dengan lima sebab nih, kita sebagai ibu bapa yang mementingkan keluarga dan anak-anak serta tanggungjawab sosial kepada masyarakat, akan menjadikan kita peka kepada penggunaan baju renang budak atau kanak-kanak yang sesuai semasa di dalam kolam renang.
Baju renang yang bagus biasanya boleh tahan sampai 5 ke 7 tahun jika dijaga dengan baik. Memang berbaloi, apatah lagi jika dapatkan di sini.