baju renang budak

Pentingnya Anak Pakai Baju Renang Budak Semasa Berenang

Nak Dapatkan Info Kesihatan dan Sukan Terkini? Sertai Durra Active Health Lifestyle

Berenang adalah salah satu aktiviti kegemaran kanak-kanak. Kanak-kanak lebih suka berendam dalam air yang sejuk dan bermain dalam kolam seharian. Haa kalau korang nak tahu, seawal umur enam bulan bayi korang boleh berenang di dalam kolam. 

5 Pentingnya Anak Pakai Baju Renang Budak Semasa Berenang

baju renang budak
Dengan latihan atau tunjuk ajar yang betul, anak-anak mendapat pelbagai kebaikan daripada berenang ini antaranya, boleh menambah baik kemahiran moto kasar, kemahiran motor halus, kawalan emosi dan tingkah laku. Semua perkembangan ini kan membantu dalam kemahiran membaca, perkembangan bahasa dan juga dalam akademik.  Topik kita pada kali ini akan membincangkan mengenai pakaian renang bagi kanak-kanak.  Haa bagi mak-mak yang sukakan anak bergaya ‘trend fashion’ pemilihan warna dan corak menjadi keutamaan kepada baju renang si manja. Tetapi pemakaian baju renang anak yang sesuai amatlah dititikberatkan. Kualiti keselesaan, cantik dan selamat sesuatu pakaian renang perlu diteliti bagi mengurangkan risiko keadaan kulit anak daripada dijangkiti kotoran daripada air dan tanah.   Jom kita lihat apakah kepentingan anak apabila memakai baju mandi budak!

1. Pakaian yang selesa dan ringan

Korang suka bawa anak ke kolam renang ataupun pantai? Kalau ya, pemilihan pakaian renang yang selesa dan ringan haruslah diberi keutamaan. Sekarang ini kedai yang menjual baju renang sudah bersepah ‘bagaikan cendawan yang tumbuh’. Korang hanya perlu pilih sahaja pattern baju yang macam mana.

Bagi baju kanak-kanak tidak perlu ada labuci ataupun manik, ini kerana boleh merisiko kan kanak-kanak tersebut daripada tercekik dan ianya amatlah tidak sesuai.

Pakaian yang selesa amatlah sesuai bagi kanak-kanak untuk mereka memakainya sepanjang hari. Ini dapat melindungi mereka daripada sinaran matahari. Dan pilih pakaian yang mengikut ukuran badan anak, tidak terlalu ketat ataupun longgar dan ianya ringan untuk mereka bergerak didalam air. 

2. Mudah kering

Sekiranya korang memilih baju renang budak yang diperbuat daripada bahan sintetik sebagai pakaian ketika berenang ini adalah sangat bagus kerana ianya mudah kering. Ini dijelaskan oleh fakta bahawa, tidak seperti bahan semula jadi, sintetik lebih kurang menyerap cecair dan kering lebih cepat.

Sekiranya korang memakai anak-anak dengan kain cotton ianya amatlah tidak sesuai untuk berenang dan mengambil masa lama untuk dikeringkan.

Pakaian renang tidak perlulah dikeringkan dengan suhu yang tinggi, tidak lebih dari 28 darjah celcius. Jangan gunakan detergen seperti sabun dan serbuk cuci.

Kerana kebanyakan detergen mengandungi peluntur dan agen pendarfluor, jika digunakan, mereka akan merosakkan warna baju renang dan merosakkan keanjalan baju renang.

3. Stretchable, mudah bergerak.

Pakaian renang mempunyai fungsi perlindungan. Baju renang yang stretchable amatlah sesuai dipakai oleh kanak-kanak kerana ciri-ciri regangan yang sangat baik, membolehkan anak-anak memakai pakaian renang dengan mudah. Malah tidak menghalang pergerakan, ini dapat mengelakkan risiko ketika di kolam renang.

Fabrik kain renang yang mempunyai peratusan tinggi untuk nylon dan polyester amat sesuai dipakai oleh kanak-kanak. Ini kerana kain yang lembut dan elastik adalah pilihan utama. Lagi-lagi kanak-kanak, mestilah suka melompat dan banyak pergerakan yang mereka lakukan. Jadi para ibu bapa perlulah memilih kain atau baju renang budak yang stretchable. Barulah anak happy, ibu ayah pun happy!

4. Menjaga aurat dari umur kecil

Bagi muslim pula, kebanyakan mak-mak inginkan anaknya menjaga aurat daripada kecil bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya’. Bagi baju renang budak lelaki kebanyakannya tidak ada masalah untuk pemilihan baju renang. Tetapi bagi kanak-kanak perempuan, baju renang yang mempunyai tudung kecil agak susah untuk dicari tetapi mereka boleh memakai cap bagi menjaga rambut.

Manakala, baju pula terdapat lengan panjang dan juga seluar panjang. Jadi mak-mak tidak perlu risau lagi untuk mendidik anak-anak memakai pakaian yang menutup aurat. Semoga anak-anak ini istiqomah dalam menutup aurat dalam berpakaian. 

5. Penjagaan kolam lebih efektif

Kenapa kalau kita pergi ke kolam renang akan ada notis ataupun peraturan pemakaian kolam renang ya? Ini disebabkan dalam kolam renang, ada klorin bertujuan untuk membunuh kuman didalam kolam. Sekiranya korang memakai t-shirt dari kain cotton, warna akan luntur dan akan menyebabkan air kolam menjadi keruh.

Ianya bukan sahaja luntur, malah sekiranya kain korang dari kain berbenang akan menyebabkan benang-benang tertanggal dan mungkin akan membuatkan pam penapis kolam renang tersumbat. Jadi, bila air keruh, korang mesti rasa tak selesa nak mandi kan. Tambahan pula, sekiranya korang memakai pakaian renang keselamatan semasa menggunakan kolam juga terjamin. 

Banyak rupanya kepentingan kanak-kanak memakai baju renang ini kan dari segi fabrik, menjaga aurat sehinggalah perihal keselamatan ketika di dalam kolam renang. Sehingga kini, terdapat banyak pilihan pakaian renang kanak-kanak dan remaja. Semuanya berbeza antara satu sama lain dalam tekstur, reka bentuk, kain, dan saiz. Oleh itu, bagi ibu bapa di luar sana haruslah peka dalam pemilihan baju renang budak bagi keselamatan anak korang. 

Nak dapatkan baju renang kanak-kanak muslimah korang boleh dapatkan di website rasmi Moonaz Swimming Attire, shopee Moonaz Swimming Attire Official Store dan juga butik Yuna Valet berdekatan dengan anda:

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Bahaya Gula Putih Kepada Badan Manusia

BAHAYA GULA PUTIH KEPADA BADAN MANUSIA  Gula putih atau gula pasir adalah sumber tenaga bagi tubuh manusia. Nama lainnya sukrosa. Iaitu gabungan gula ringkas fruktosa

diet suku-suku separuh

5 Tip Penting Diet Suku-Suku Separuh

Bagi korang yang inginkan badan yang sihat dan pinggang yang ramping, korang mestilah berdiet dengan makanan yang sihat dan juga bersenam. Tahukah korang dengan diet

Shopping Cart