BAHAYA GULA PUTIH KEPADA BADAN MANUSIA
Gula putih atau gula pasir adalah sumber tenaga bagi tubuh manusia. Nama lainnya sukrosa. Iaitu gabungan gula ringkas fruktosa dan glukosa.
Gula putih adalah bahan yang diperolehi dari pemprosesan tebu.
pengambilan gula lebih berbahaya karena cepat meresap masuk ke dalam tubuh. Jika diambil secara berlebihan, ia akan memudaratkan kesihatan terutama pada pesakit diabetes.
Gula mampu memberikan perasaan seronok dan mengurangkan stres. Oleh kerana kesedapan di lidah, ramai orang ketagihan. Ini dinamakan sugar craving yang menyebabkan kita menambahkan lebih banyak gula dalam minuman kita.
Pengambilan gula secara berlebihan akan menyebabkan pankreas akan bekerja dengan lebih kuat. Ini akan meningkatkan peningkatan insulin dalam darah dan akhirnya menyebabkan kerintangan insulin dan akhirnya diabetes.
Gula yang berlebihan akan disimpan dalam hati dan menjejaskan fungsi hati. Ini menyebabkan peningkatan enzim dalsm hati.
Ia juga menyebabkan peningkatan tekanan darah dan kolestrol dalam tubuh.
Gula yang tinggi akan menyebabkan kolestrol dalam darah mendak dan seharusnya menyebabkan sumbatan dalam darah.
Ia juga menyebabkan keradangan tubuh (inflammation) yang merangsangkan sakit tubuh (myalgia), keradangan sendi (arthritis) dan menurunkan tahap daya tahan tubuh.
Hindarkan gula putih tambahan kerana dalam minuman dan makanan kita sudah pun gula yang tersembunyi.
Boleh gantikan gula putih dengan STEVIA yang tiada gula dan tiada kalori.