baju renang muslimah

5 Ciri Baju Renang Muslimah Yang Mementingkan Keselamatan Perenang

Nak Dapatkan Info Kesihatan dan Sukan Terkini? Sertai Durra Active Health Lifestyle

Berenang adalah suka sunah yang digalakkan kepada muslim, lelaki atau perempuan. Ini kerana dengan aktiviti berenang selain dapat meningkatkan focus dan ketenangan, ia juga dapat meningkatkan kesihatan paru-paru bagi pengidap penyakit asma.

Untuk lelaki biasanya tiada isu sangat mengenai pemakaian. Walaubagaimana bagi wanita, isu ini seringkali diperkatakan. Katanya wanita tidak dibenarkan mandi di khalayak ramai.

5 ciri-ciri baju renang muslimah

Tapi berenang bukan mandi, apatah lagi tiada aktiviti pembersihan menggunakan sabun ketika berenang. Berenang adalah aktiviti sukan outdoor, bagi tujuan kesihatan dan keselamatan. Namun kini, ramai wanita dan keluarga muslim telah membuka mata akan kepentingan berenang. Anak-anak pun sejak dari sekolah tadika telah didedahkan dengan aktiviti renang. Tetapi kita juga tidak boleh abaikan dari isu aurat. Aurat perlu dijaga semasa aktiviti renang dengan mengambil kira keselamatan perenang mengikut baju sukan muslimah. Ada 5 ciri baju renang muslimah yang perlu diberikan perhatian untuk keselamatan perenang semasa berada di dalam air.

1. Menutup kepala

Baju Renang Muslimah
Baju Renang Muslimah

Pertama adalah isu tudung yang menutup kepala perenang. Kita sedia maklum, rambut dan kepala adalah sebahagian dari aurat wanita muslimah dan perlu ditutup sepenuhnya. Walaubagaimanapun, dari konsep baju renang muslimah, tudung mestilah dijahit secara berasingan dengan baju renang.

Ini kerana, terdapatnya kes tertarik tudung perenang wanita dari dalam air. Bila tertarik tudung, baju akan terangkat dan menutup muka perenang yang boleh menjadikan perenang lemas kerana tidak dapat bernafas. Ini sangat membahayakan keselamatan perenang.

Tudung seperti ini dijahit asing dari baju renang muslimah. Mudah nak pakai dan bagus dari segi keselamatan.

2. Material kain yang kurang serap air

Kedua adalah bahan yang digunakan oleh perenang wanita. Oleh kerana perlunya menutup semua aurat wanita, kain yang digunakan tentulah banyak berbanding dengan pakaian lelaki. Oleh itu, bahan yang digunakan adalah jenis yang paling kurang menyerap air.

Pakaian bila menyerap air, sifatnya akan menjadi berat. Contohnya pakaian yang diperbuat dari cotton, tshirt yang menyerap air atau bahan sukan yang menyerap peluh. Bila pakaian renang berat, aka nada isu pergerakan terutama jika dalam proses menyelamatkan perenang.

Baju renang muslimah yang berat akan menarik perenang kebawah kerana tarikan gravity. Oleh itu, baju renang perlu diperbuat dari spandex atau lycra yang ringan dalam air dan tidak menyerap air.

3. Ringkas

Baju Renang Muslimah

Ketiga, pakaian renang perlu ringkas tanpa ropol-ropol yang boleh menutup muka semasa aktiviti berenang. Mugkin kita Nampak cantik sebelum masuk ke kolam renang.

Tetapi bila masuk dalam air, ropol-ropol di bahagian baju akan ternaik serta menutup muka, ia menyukarkan aktiviti berenang dan akan kemungkinan menjadikan perenang panic terutama jika kolamnya dalam dan kaki tidak jejak ke dasar kolam.

4. Tali dan reben

Keempat, elakkan penggunaan tali-tali atau reben yang keterlaluan, Ditakuti ianya tersangkut ke bahagian dalam kolam renang tanpa disedari semasa berenang. Bila tersangkut semasa berenang, dan kolam tersebut dalam.

Pastinya akan membuatkan perenang panic yang boleh menyebabkan perenang lemas. Apatah lagi jika berenang di tasik atau sungai, atau laut yang kita sendiri tidak tahu apa yang ada di dalam air. Ia sudah tentu meningkapkan risiko keselamatan.

5. Tidak terlalu labuh

Kelimanya adalah baju renang tidak terlalu labuh tetapi cukup untuk melindungi aurat terutama punggung dan mengelakkan baju ternaik semasa didalam air. Mungkin ada yang membayangkan seperti baju renang konsep jubah.

Dimana ia kurang sesuai dipakai didalam air. Dengan keadaan baju yang berat, menyukarkan pergerakan dalam air, apatah lagi jika didalam proses penyelamatan diri. Baju renang muslimah yang bagus adalah yang menitikberatkan keselamatan.

Dalam wanita hendak membuat aktiviti berenang dengan pemakaian yang patuh syariah, wanita juga perlu menitikberatkan ciri keselamatan. Aktiviti renang itu sendiri adalah salah satu aktiviti kesematan, jika ada banjir.

Di Malaysia juga dikelilingi dengan air, banyak tempat-tempat seperti laut, sungai, air terjun dan tasik. Pastinya keperluan belajar renang adalah sangat digalakkan.

Pastikan belajar berenang disamping aurat pun terjaga dan menepati ciri-ciri keselamatan. Jika anda berminat, boleh lihat koleksi baju renang muslimah atau WhatsApp kami untuk pembelian.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Bahaya Gula Putih Kepada Badan Manusia

BAHAYA GULA PUTIH KEPADA BADAN MANUSIA  Gula putih atau gula pasir adalah sumber tenaga bagi tubuh manusia. Nama lainnya sukrosa. Iaitu gabungan gula ringkas fruktosa

diet suku-suku separuh

5 Tip Penting Diet Suku-Suku Separuh

Bagi korang yang inginkan badan yang sihat dan pinggang yang ramping, korang mestilah berdiet dengan makanan yang sihat dan juga bersenam. Tahukah korang dengan diet

Shopping Cart