krim panas

Rahsia Krim Panas Yang Ramai Orang Tak Tahu!

Nak Dapatkan Info Kesihatan dan Sukan Terkini? Sertai Durra Active Health Lifestyle

Aku gemuk ke? Wehh aku nampak gemuk tak? Ramai di kalangan kita ini mahu kurus. Ada yang pilih jalan mudah, ada yang bersusah. Pelbagai kaedah sudah dicuba. Apabila sebut pasal ubat kurus pasti terliur mendengarnya. Dari satu produk ke satu produk. Jenis diet bertukar ganti. Jangan putus asa, teruskan amalan yang sihat itu. Haa korang dah cuba ke cara menggunakan krim panas. Ya, dengan menggunakan krim korang pun boleh membakar lemak di badan tu. 

5 Rahsia Krim Panas Yang Ramai Orang Tak Tahu

Losyen panas atau pun krim panas mempunyai pelbagai fungsi yang tersendiri. Krim ini hadir dalam suatu bentuk sapuan, tampalan atau semburan berbentuk topikal (kegunaan luaran atau atas kulit sahaja) yang mempunyai kesan berbeza dan semestinya tujuan yang berbeza Terutama dalam rawatan, pemulihan dan kurangkan inflamasi memang tepat. Malah saya yakin korang sendiri sering menggunakan krim ini post workout atau untuk kurangkan bengkak sendi.

Jom kita lihat apakah manfaat krim panas yang perlu korang tahu! 

1. Mampu membakar lemak berlebihan

krim panas

Krim panas pun adalah salah satu cara yang korang boleh cuba untuk membakar lemak-lemak berlebihan di badan. Kebanyakan losyen panas mempunyai kandungan peppermint oil, halia, citratus oil dan juga menthol bagi memberikan sensasi penyejukan.

Dengan adanya halia dalam kandungan krim panas, ianya dapat memberi impak pembakaran lemak yang lebih efektif lebih-lebih lagi ketika bersenam dan bersukan. Untuk hasil terbaik, gunakan sebelum melakukan aktiviti senaman. Tambahan pula, ia dapat membakar lemak dibahagian perut dan pinggang bagi mendapatkan bentuk badan ideal dan boleh disapu pada bahagian kaki, lengan, peha dan perut bagi mendapatkan bentuk yang diinginkan.

2. Membantu mengempiskan perut

krim panas

Para wanita sudah tentu menginginkan bentuk badan yang langsing, sudah menjadi lumrah manusia mahukan kecantikan. Bentuk badan yang langsing tanpa lemak berlebihan menjadi idaman setiap wanita. Krim panas yang mempunyai kandungan halia semestinya dapat mengempiskan perut. Tidak terhad kepada wanita sahaja, lelaki juga boleh menggunakan krim panas ini bagi mengurangkan perut buncit yang dialami oleh kaum lelaki.

Krim panas dengan pati halia dan ramuan ejen pelangsingan dapat membantu membakar lemak dan selulit dengan lebih efektif  bagi melangsingkan badan, mengempiskan perut serta mengecilkan lengan dan peha. Untuk lebih efisien korang boleh pakai bersama bengkung atau korset bagi mendapatkan keberkesanannya.

3. Membantu menghilangkan sakit-sakit otot dan sendi

krim panas

Krim panas juga dapat digunakan untuk melegakan sakit otot dan sendi yang ringan. Korang boleh sapu, gosok dan urut di bahagian tertentu untuk melegakan kesakitan dan merehatkan otot-otot, tendon serta ligamen. Tahap kepanasan krim yang mampu bertahan untuk jangka waktu yang lama juga membantu mengelakkan kekejangan dan sakit otot ketika bersenam dan bersukan. Haa pastikan korang cuba sikit dahulu di tapak tangan bagi mengelakkan kepanasan di kulit. 

4. Membantu mengeluarkan angin dalam badan

Sekiranya krim panas korang mempunyai kandungan peppermint oil, ianya sangatlah membantu melegakan sakit kembung perut, merawat kekejangan perut serta masalah angin. Ia membantu otot dinding usus untuk relaks atau berehat dan mengeluarkan angin daripada usus. Hanya sapukan krim di bahagian yang korang rasa tak selesa dan kesannya adalah serta merta. Dan korang akan rasai masalah yang dihadapi akan ok.

5. Urutan ibu selepas bersalin

krim panas

Krim panas ini digunakan oleh para wanita selepas bersalin iaitu semasa berpantang bagi menggantikan param dan pilis kerana boleh disapu di dahi dan perut untuk mengelakkan masuk angin dan membantu mengecutkan rahim. Ianya salah satu bahan untuk mengempiskan perut serta menyegarkan badan yang lesu dan keletihan selepas bersalin.

Pada masa yang sama ianya membantu mengurangkan rekahan di peha dan perut selepas mengandung. Krim ini juga boleh disapu di bahagian kaki dan betis sebelum memakai stokin bagi mengelakkan masuk angin dan kekejangan, juga amat sesuai disapukan di bahagian belakang bagi mengurangkan rasa lenguh-lenguh badan dan sakit pinggang.

Setelah korang baca info ini, pilih krim panas yang sesuai dengan masalah korang dan sekiranya ingin kurus korang perlulah lakukan sapuan setiap hari jika ada masa terluang. Bukan sahaja dapat kurus serta buang angin malahan ianya adalah salah satu terapi untuk kesegaran tubuh badan. Apa yang korang tunggu lagi? Dapatkan Saunami Cream di kedai Dura Active yang berdekatan ataupun boleh beli secara online di Facebook, Instagram dan juga Shopee Dura Active.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Bahaya Gula Putih Kepada Badan Manusia

BAHAYA GULA PUTIH KEPADA BADAN MANUSIA  Gula putih atau gula pasir adalah sumber tenaga bagi tubuh manusia. Nama lainnya sukrosa. Iaitu gabungan gula ringkas fruktosa

diet suku-suku separuh

5 Tip Penting Diet Suku-Suku Separuh

Bagi korang yang inginkan badan yang sihat dan pinggang yang ramping, korang mestilah berdiet dengan makanan yang sihat dan juga bersenam. Tahukah korang dengan diet

Shopping Cart