baju sukan muslimah

Baju Sukan Muslimah Kegemaran Rakyat Malaysia

Nak Dapatkan Info Kesihatan dan Sukan Terkini? Sertai Durra Active Health Lifestyle

Wanita muslimah yang aktif bersukan dan bersenam akan menjadikan diri mereka lebih kuat dan berkeyakinan tinggi, seterusnya meningkatkan potensi untuk wanita tersebut berjaya dalam hidup. Jadi untuk kekal bersemangat, wanita memerlukan kelengkapan sukan seperti baju, seluar sukan muslimah, kasut dan tudung yang selesa. Baju sukan muslimah antara faktor yang penting bagi wanita muslimah untuk lebih konfiden.

5 Ciri-ciri Baju Sukan Muslimah Kegemaran Rakyat Malaysia

Mungkin wanita cukup arif mengenai fesyen untuk digayakan saat menghadiri majlis makan malam ataupun acara berprestij. Namun rata-rata wanita sering mengabaikan gaya pakaian untuk melakukan aktiviti sukan ataupun beriadah. Pemilihan pakaian sukan yang sesuai memainkan peranan penting untuk memastikan korang berasa selesa dan nyaman. Design yang cantik, tahan lasak dan menutup aurat antara ciri-ciri penting bagi baju sukan muslimah di Malaysia. 

Jom kita lihat ciri-ciri baju sukan muslimah kegemaran rakyat Malaysia untuk digayakan ketika melakukan aktiviti sukan!

1. Design yang simple dan minimalist tetapi ‘trendy’

Baju sukan muslimah yang digayakan lagi bertambah best apabila baju itu boleh buat kita nampak cantik. Haa kan best macam tu! Design yang pelbagai dan warna yang menarik boleh dipilih mengikut kesesuaian personaliti kita. Kepada korang yang lebih feminine, mesti gemar warna-warna yang soft seperti pastel. Ada juga yang lebih konfiden dengan warna-warna gelap seperti hitam atau biru gelap. Tetapi sekiranya korang bersukan pada waktu malam ataupun subuh digalakkan memakai pakaian warna terang ini juga menjamin keselamatan ketika bersukan atau bersenam. Sekarang ini juga terdapat pakaian muslimah modern dan inovatif iaitu menggabungkan baju dan skirt sebagai satu pakaian sukan. Kerana skirt yang flowy itu memudahkan pergerakan disamping memberikan konfiden bahawa aurat korang terlindung.

2. Kain dan material yang sejuk menyerap peluh dan menutup pergelangan tangan.

baju sukan muslimah

Ketika bersukan atau bersenam pastinya korang akan berpeluh lebih daripada biasa. Material yang cepat kering perlu dititikberatkan dalam pemilihan baju. Pakaian sukan yang mempunyai pengaliran udara keluar masuk juga penting. Hal ini kerana kain pakaian yang mempunyai pengudaraan yang bagus dan serapan yang baik dapat mengelakkan ketidakselesaan sewaktu bersenam. Sekarang ini terdapat baju yang boleh menutup pergelangan tangan korang seperti cekak di bahagian pergelangan serta ada juga boleh masukkan thumbhole bagi mengelakkan pergelangan tangan korang terselak atau terangkat.

3. Baju yang multifunction dan multipurpose.

Sape je yang tak suka dengan baju yang ada banyak function ni. Apatah lagi jika baju tu boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti. Jogging, swimming, cycling, hiking atau bersiar-siar. Fuh, lengkap semua ada! Jimat pun jimat! Satu baju sahaja dah memadai untuk banyak aktiviti. Best, kan? Selain itu, material yang digunakan kebanyakannya tidak perlu gosok dan tidak berbulu. Ini lagi satu ciri-ciri yang pasti wanita muslimah aktif perlu pilih. Jimat masa korang untuk menggosok seluar. 

4. Berpoket, tanpa perlu bawa beg semasa bersukan.

Siapa yang bersukan bawa beg segedabak untuk menyimpan kunci, phone, IC, duit? Ada! Tak ada! Kebanyakan pakaian sukan sudah disediakan poket tersorok ngam-ngam untuk simpan barang peribadi korang. Poket tersorok ini penting supaya tidak berlakunya keciciran barang peribadi dan sekiranya ada emergency call boleh saja jawab ketika itu. Bukan itu saja, korang juga boleh mendengar lagu ketika bersenam. Haa, kan dah mudah hidup korang, tak perlu bawak beg lagi.

5. Potongan labuh menutup punggung, tidak nampak pembentukan badan tetapi tidak terlalu besar sampai menyukarkan aktiviti bersukan.

Siapa kat sini bila tak ada pakaian yang sesuai rasa hilang keyakinan diri bila beraktiviti outdoor? Ya! Kebanyakan muslimah biasanya akan hilang keyakinan diri lebih-lebih lagi kalau pakaian yang dipakai tidak kena dengan aktiviti yang dilakukan. Walau apa jua pakaian yang korang pilih untuk bersukan, keselesaan amat dititikberatkan supaya boleh memakainya dalam tempoh masa yang panjang. Korang juga perlu pastikan pakaian tersebut tidaklah terlalu ketat dan juga tidak terlalu longgar bagi memudahkan pergerakan sewaktu bersukan. Pilihlah baju sukan muslimah yang bersesuaian dan pilih saiz baju yang tepat mengikut ukuran badan kita asal menutup aurat dengan sempurna. 

Kini, korang tak perlu risau tentang bersukan ataupun bersenam lagi kerana fesyen baju sukan muslimah sekarang semakin modern dan inovatif. Pakaian sukan boleh disesuaikan dengan konsep suai padan dan amat penting sekali dalam memilih sesuatu pakaian bagi mendapatkan keselesaan yang maksimum kepada si pemakai. Nah, barulah korang bersemangat untuk bersukan!

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Bahaya Gula Putih Kepada Badan Manusia

BAHAYA GULA PUTIH KEPADA BADAN MANUSIA  Gula putih atau gula pasir adalah sumber tenaga bagi tubuh manusia. Nama lainnya sukrosa. Iaitu gabungan gula ringkas fruktosa

diet suku-suku separuh

5 Tip Penting Diet Suku-Suku Separuh

Bagi korang yang inginkan badan yang sihat dan pinggang yang ramping, korang mestilah berdiet dengan makanan yang sihat dan juga bersenam. Tahukah korang dengan diet

Shopping Cart