5 Ciri Tudung Renang Muslimah Pilihan Wanita Malaysia

Nak Dapatkan Info Kesihatan dan Sukan Terkini? Sertai Durra Active Health Lifestyle

Aktiviti renang merupakan antara aktiviti kesukaan ramai tidak kira tua mahupun muda dan tudung renang terutamanya tudung renang muslimah adalah keperluan. Korang juga mesti suka berenang bukan! Setiap kali pergi bercuti ke pantai mahupun hotel pasti kolam renang menjadi salah satu tempat yang akan dikunjungi. Malahan, tempat tinggal sekarang ini juga mempunyai fasiliti kolam renang yang dikenakan bayaran maintenance fee. Kebanyakan kolam renang memerlukan korang untuk memakai swimming suit dan juga tudung renang muslimah yang sesuai. Kalau korang nak tahu, tudung renang juga memainkan peranan ye. 

5 ciri-ciri Tudung Renang Muslimah yang Sesuai

Bagi muslimah Malaysia, etika berpakaian ketika berada di tempat awam perlu dititikberatkan bagi menjaga aurat dan tidak mencolok mata. Jadi pemilihan fabrik dan design memainkan peranan yang penting untuk korang kekal selesa dan berketerampilan ketika berenang. Jom kita lihat tudung renang muslimah yang sesuai untuk muslimah Malaysia. 

1. Bahan yang digunakan adalah yang streachable

Sudah semestinya, tudung renang muslimah mestilah stretchable iaitu mudah ditarik kerana memerlukan pergerakan yang fleksibel ketika berenang. Penggunakan kain tudung renang adalah terbaik sekiranya menggunakan kain elastik dengan kandungan spandeks sebanyak 15% atau lebih, supaya korang dapat berenang dengan pergerakan badan yang fleksibel. 

2. Design yang kemas dimuka dan grip untuk elakkan tudung terbuka

tudung

Tudung renang hendaklah cukup ketat untuk kekal di atas kepala korang ketika melakukan aktiviti berenang , tetapi tidak terlalu ketat sehingga meninggalkan garisan atau mula menyakitkan kepala korang. Design yang paling menyenangkan adalah korang tak perlu untuk pakai anak tudung. Ini adalah ciri-ciri terbaik untuk tudung renang. 

3. Design yang boleh mengelakkan tudung terselak

Masalah yang dihadapi selalu kepada perenang wanita adalah tudung ternaik. Kita merasa malu bila nampak pembentukan áset wanita’ ketika basah atau semasa dalam air. Bila ada design yang sangat kreatif dimana tudung labuh ada tali dibawahnya, untuk dimasukkan tangan bagi mengelakkan tudung ternaik semasa bergerak dalam air. 

Dari luar tak nampak pun tali tersebut. Ianya dijahit dibawah tudung. Dapatkan design tudung renang bertali di sini. Dan tudung ini sesuai untuk semua aktiviti sukan lain seperti berbasikal, jogging, berlari, hiking atau aktivi lasak lain.

4. Bahan yang sejuk dan selesa untuk bersukan

baju sukan muslimah

Kalau korang nak tahu, sekarang ini terdapat tudung renang yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti lain. Orang kata ‘two in one’, jadi bagi memudahkan dan menjimatkan duit dan masa tudung renang jenis ini amat sesuai digunakan untuk muslimah yang aktif. Tudung renang yang tidak serap banyak haba amat sesuai dipakai lebih-lebih lagi di Malaysia dengan keadaan cuaca yang tidak menentu. Jadi korang boleh guna ketika bersantai ataupun berjemur di tepi pantai atau kolam. Kualiti spandex yang seperti kita tahu ia ada jenis yang kurang serap air jadi ia mudah untuk kering dengan cepat dan juga sangat ringan dan tidak berat seperti sesetengah tudung renang. Jadi pemilihan bahan itu sangat penting untuk keselesaan si pemakai. 

5. Tudung yang tidak menampakkan bentuk dada

Tudung renang juga mempunyai jenis-jenis kelabuhan dan juga design. Ada juga wanita yang memakai cap bagi mengelakkan rambut tak mengerbang didalam air dan terjaga rapi. Terdapat tudung renang yang sekali dengan baju renang kebanyakan jenis ini tidak menutupi bentuk dada korang. Ada juga tudung renang asing dari baju. Ada yang senteng dan ada juga yang labuh bagi menutupi bahagian dada. Yang paling penting melindungi aurat, dan ia selesa serta mudah kering. Tudung Ini tidak terlalu labuh kerana ia faktor keselamatan juga untuk elakkan tudung terlalu labuh akan menyebabkan lemas.

Jadi bagi muslimah Malaysia, korang tidak perlu risau lagi untuk memakai tudung renang di tempat awam kerana terdapat pelbagai pilihan design tudung yang mudah dan selamat digayakan. Nak dapatkan tudung renang muslimah korang boleh dapatkan di website rasmi Moonaz Swimming Attire, shopee Moonaz Swimming Attire Official Store dan juga butik Yuna Valet berdekatan dengan anda.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

diet suku-suku separuh

5 Tip Penting Diet Suku-Suku Separuh

Bagi korang yang inginkan badan yang sihat dan pinggang yang ramping, korang mestilah berdiet dengan makanan yang sihat dan juga bersenam. Tahukah korang dengan diet

senaman ringan untuk kurus

5 Cara Senaman Ringan untuk Kurus

Setiap wanita pastinya ingin kurus. Tetapi kebanyakannya malas untuk bersenam. Sekiranya korang memang betul-betul ingin kurus dan mendapat badan yang ideal ianya mudah dengan melakukan

Shopping Cart