seluar sukan muslimah

Seluar Sukan Muslimah Impian Rakyat Malaysia 

Nak Dapatkan Info Kesihatan dan Sukan Terkini? Sertai Durra Active Health Lifestyle

Sukan adalah antara medium terpenting dalam kehidupan. Minda yang cerdas berteraskan badan yang cergas. Islam sendiri menuntut dan tidak menghalang aktiviti ini jika diamalkan selagi berteraskan syariat. Jadi pematuhan pakaian ketika bersukan amatlah dititikberatkan dalam Islam. Kalau dulu memang susah untuk mencari seluar sukan muslimah ini lebih-lebih lagi seluar yang tidak menampakkan bentuk kaki atapun melekap. Tapi sekarang ini seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan, kebanyakan kedai-kedai sukan telah menjual seluar sukan mengikut spesifikasi yg sesuai untuk para muslimah menggayakannya.

5 Ciri-ciri Seluar Sukan Muslimah Impian Rakyat Malaysia

Bukan asal sarung je! Tapi untuk beberapa faktor keselamatan dan juga keselesaan, baju sukan muslimah perlulah menepati beberapa ciri lain. Tak perlu mahal, beli sekadar yang mampu dan paling penting pakaian tersebut memberi manfaat kepada kita. Kepada gadis moden, dalam almari korang mesti ada tergantung seluar sukan bukan. 

Jom kita lihat ciri-ciri seluar sukan muslimah impian rakyat Malaysia untuk digayakan ketika melakukan aktiviti sukan!

1. Design yang simple dan minimalist.

Setiap jenama pakaian sukan menghasilkan rekabentuk seluar sukan yang berbeza. Kebanyakan pereka seluar akan mengeluarkan rekaan yang simple dan minimalist bagi penggunaan seluar sukan. Ini kerana aktiviti sukan memerlukan korang bergerak aktif. Rekaan sporty namun masih sopan dan feminin. Terdapat pelbagai warna seluar sukan muslimah yang boleh korang pilih. Setidaknya korang perlu ada 2 jenis warna iaitu warna gelap dan juga warna terang. Bagi korang yang suka bersukan pada waktu malam ataupun subuh, digalakkan memakai pakaian sukan yang terang atau ada sebarang ‘reflective’ atau cahaya pemancaran pada pakaian korang bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini berlaku. Apapun ikut kesesuaian dan keselesaan ketika memakainya. 

2. Kain dan material yang stretchable dan menyerap peluh.

seluar sukan muslimah

Bila bersukan, kita mengeluarkan peluh yang sangat banyak dan ini juga menjadi punca kenapa pemilihan fabrik sangat penting. Kebanyakan mereka yang suka bersukan akan memilih pakaian yang mempunyai aliran udara keluar masuk. Selain membantu mengeringkan peluh dengan cepat dan memberi keselesaan, ia sangat penting untuk menjaga kesihatan kulit dan mengelakkan sebarang infeksi pada kulit akibat peluh. Selain cepat kering, fabrik yang ringan juga menjadi pilihan untuk bersukan kerana ianya dapat memudahkan setiap pergerakan dan tidak menambah beban dibadan korang. Yang paling penting sekali kain ataupun material yang digunakan mestilah bersifat elastik. Kerana bahagian yang memerlukan regangan seperti pinggang dan tangan amat perlukan kain jenis ini.

3. Seluar sukan muslimah yang multifunction dan multipurpose.

Sape je dekat sini yang tak suka kalau barang itu boleh di pelbagai guna. Begitu juga seluar yang multifunction ataupun multipurpose dimana korang boleh guna ketika bersukan, boleh buat jalan-jalan di Mall, serta boleh digunakan juga untuk ke pejabat. Haa stylish gitu! Selain itu, material yang digunakan kebanyakannya tidak perlu gosok dan tidak berbulu. Ini lagi satu ciri-ciri yang pasti wanita muslimah aktif perlu pilih. Jimat masa korang untuk menggosok seluar. 

4. Mempunyai poket di seluar.

Seluar sukan muslimah yang paling best mestilah mempunyai poket. Korang boleh letak barang-barang penting yang mudah dibawa seperti handphone, duit, kunci dan IC tanpa perlu bawa beg semasa korang bersukan. Bukan apa, kalau ada panggilan emergency senang untuk kita jawab ketika itu. Haaa mudah kan tak payah pening kepala untuk memikirkan beg semasa bersukan ataupun bersenam. 

5. Potongan saiz yang longgar dan sesuai.

seluar sukan muslimah
Sport Pant

Pemilihan saiz seluar sukan muslimah yang tepat dengan badan dapat mengelakkan ketidakselesaan dan kecederaan kepada pemakainya. Ianya juga boleh dipakai dalam tempoh masa yang panjang. Korang perlu pastikan pakaian yang dipakai tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar yang mungkin akan mengganggu pergerakan ketika bersukan. Bila seluar terlalu ketat, confirm tak selesa dan mudah terkoyak ataupun menyebabkan perjalanan darah tidak lancar. Semasa memilih saiz yang betul-betul selesa dengan badan, cuba pakaian tersebut dengan cara berjalan dan bergerak ketika memakai pakaian tersebut dan cubalah beberapa saiz yang hampir dengan saiz badan korang kerana tidak semua pakaian mempunyai ukuran yang sama kerana faktor rekaan dan pengeluar yang berbeza.

Jadi kepada korang yang masih belum ada seluar sukan muslimah, pastikan ciri-ciri diatas ada pada seluar yang korang cari. Melaburlah pada pakaian sukan yang betul dan berkualiti untuk kekal sihat dan keselamatan terjamin. Korang boleh dapatkan seluar dan barang-barang keperluan sukan di website rasmi Moonaz Swimming Attire, shopee Moonaz Swimming Attire Official Store dan juga butik Yuna Valet berdekatan dengan korang.  

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Bahaya Gula Putih Kepada Badan Manusia

BAHAYA GULA PUTIH KEPADA BADAN MANUSIA  Gula putih atau gula pasir adalah sumber tenaga bagi tubuh manusia. Nama lainnya sukrosa. Iaitu gabungan gula ringkas fruktosa

diet suku-suku separuh

5 Tip Penting Diet Suku-Suku Separuh

Bagi korang yang inginkan badan yang sihat dan pinggang yang ramping, korang mestilah berdiet dengan makanan yang sihat dan juga bersenam. Tahukah korang dengan diet

Shopping Cart