kedai barangan sukan

Kedai Barangan Sukan Terbaik di KL & Selangor

Nak Dapatkan Info Kesihatan dan Sukan Terkini? Sertai Durra Active Health Lifestyle

Sudah pastinya apabila kita sebut mengenai alatan sukan kita akan terbayang kedai barangan sukan terbaik kerana disitulah barang-barang keperluan sukan yang mudah dan sukar dicari dapat diperolehi. 

Bagi peminat yang sukakan aktiviti sukan, keperluan barangan sukan mestilah kita nak yang berkualiti dan original. Betul tak? 

5 Kedai Barangan Sukan Terbaik Rakyat Malaysia

Sekarang ini ramai yang melibatkan diri dalam bidang sukan yang mencabar, jadi kedai barangan sukan ini berkembang seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Kedai sukan yang lengkap mesti menjual peralatan asas sukan. Ia bukan hanya berkenaan kasut atau pakaian sukan semata-mata. Bagi korang yang tercari-cari kedai barangan sukan di Lembah Klang yang terbaik untuk dikunjungi, ini dia lima pilihan kedai barangan sukan yang korang boleh kunjungi di KL & Selangor. 

1. Decathlon

kedai barangan sukan

Merupakan salah satu jenama kedai sukan yang terkemuka di dunia. Decathlon mengembangkan operasinya di Malaysia pada tahun 2016. Mempunyai 11 cawangan di KL & Selangor dan outlet di Shah Alam merupakan outlet kedai sukan Shah Alam yang terbesar antara 11 cawangan yang ada di Malaysia.

Ianya mempunyai dua tingkat, 10,000 meter persegi kawasan jualan, 230,000 produk eksklusif untuk 60 sukan berbeza. Hampir kesemua barangan sukan yang korang nak ada di sini. Kalau korang nak tahu, ia adalah kedai Decathlon terbesar di Asia Tenggara. Woww menarik!

Barangan sukan dan pakaian yang ditawarkan merangkumi semua peringkat umur bermulanya kanak-kanak dan orang dewasa, lelaki mahupun wanita. Harga yang ditawarkan di Decathlon juga sangat berpatutan dengan kualiti yang bagus kerana kedai ini akan memastikan kepuasan pelanggan yang menggemari aktiviti sukan.

Dan ianya merupakan jenama antarabangsa yang sudah pun memasarkan jenamanya di 45 buah negara. Pekerja-pekerja mereka sangat berpengetahuan mengenai peralatan sukan dan mesra pelanggan. Jadi apa lagi, korang jangan segan silu untuk bertanya ya. 


Laman Web


Facebook


Instagram

2. Kedai Alatan Sukan Durra Active

kedai barangan sukan

kedai alatan sukan ini ditubuhkan beberapa tahun dahulu dan merupakan kedai barangan sukan jenama tempatan Malaysia. Durra Active akhirnya berkembang pesat dalam memasarkan produk sukan khususnya untuk para wanita muslimah.

Korang suka berenang? Kedai barang sukan Durra Active ini menyediakan pelbagai pakaian renang yang selesa lagi moden daripada dewasa dan remaja hingga kanak-kanak. Durra juga menyediakan peralatan dan aksesori sukan pada harga yang berpatutan.

Setiap pakaian direka secara eksklusif untuk memperkasakan wanita dari semua jenis badan dan memenuhi citarasa yang berbeza. Fabrik berkualiti tinggi yang memberikan liputan dan keselesaan yang mencukupi adalah pakaian yang sesuai untuk mana-mana wanita muslimah untuk berada di dalam air sambil mengekalkan kesederhanaan mereka. Dengan Durra, semua wanita boleh berenang dengan yakin dan sopan. 

Tambahan pula, kedai barang sukan ini juga menawarkan produk-produk kesihatan bagi kekal cergas dan sihat semasa menjalankan aktiviti lasak. Durra Active memastikan setiap pelanggan yang mengunjungi kedai ini akan membawa pulang barangan yang diinginkan dengan senang hati bermula dari layanan pekerja-pekerja mereka yang mesra dan berpengetahuan tentang peralatan dan pakaian sukan.


Laman Web


Facebook


Instagram

3. Sport Direct

kedai barangan sukan

Sport Direct merupakan peruncit daripada UK dan mempunyai 33 cawangan di Malaysia. Sekiranya korang berada di KL dan sekitar Lembah Klang korang boleh pergi ke Bangsar, Bukit Bintang, Bukit Tinggi, i-City Shah Alam, IOI Puchong, IOI Putrajaya dan banyak lagi. 

Sports Direct Malaysia menawarkan lebih 70 jenama sukan global terkemuka dengan kepelbagaian dan nilai yang tiada tandingan. Jenama yang ditampilkan di Sports Direct termasuk Nike, Adidas, Puma, Under Armour, Asics, New Balance dan lain-lain merentasi lelaki, wanita & kanak-kanak.

Kedai Sports Direct dizonkan secara unik mengikut kategori sukan utama yang termasuk Bola Sepak, Larian, Latihan (kecergasan, latihan silang, peralatan gim, berat, tinju & yoga), Raket (badminton, tenis & skuasy), Renang (kolam renang, pantai & sukan air ), SD Sports (bola keranjang, ragbi, permainan lasak, berbasikal, kasut roda & permainan dalaman), SD Lifestyle (Kanak-kanak Wanita & Lelaki) serta Luar (kembara kembara, trekking, berkhemah & memancing).

Biasanya kedai ini menawarkan promosi yang hebat dan korang perlulah mengikut perkembangan di Facebook untuk melihat promosi yang ditawarkan. 


Laman Web


Facebook


Instagram

4. Al Ikhsan Sports

kedai barangan sukan

Al Ikhsan Sports sapa je yang tak kenal! Kedai ini ditubuhkan pada tahun 1993 dan merupakan peruncit sukan No 1 Malaysia yang terlibat dalam kasut sukan, pakaian dan peralatan. Kedai barangan sukan terbaik ini telah berkembang dengan pesat dan kini mempunyai lebih 125 kedai yang terletak di seluruh Semenanjung Malaysia.

Anda boleh mendapatkan pakaian sukan jenama terkenal yang berkualiti dalam suasana kedai yang selesa. Satu-satunya kedai barangan sukan tempatan yang menyediakan keselesaan pelanggan setaraf dengan kedai sukan jenama antarabangsa. 

Sejak penubuhannya, syarikat itu telah berkembang daripada konsep kemudahan sukan tunggal kepada gergasi barangan sukan berbilang kategori, berbilang konsep untuk menangani pengguna dan pencinta sukan.

 Kedai menawarkan jenama global pada harga berpatutan. Jenama terkenal dijual seperti Adidas, Nike, Reebok, Puma dan lain-lain lagi. Di sini terdapat juga pelbagai alatan sukan yang korang boleh dapati antaranya bola, raket badminton, beg dan lain-lain lagi. 


Laman Web


Facebook


Instagram

5. Royal Sporting House

kedai barangan sukan

Royal Sporting House diasakan di Singapura sejak tahun 1977 dan mempunyai beberapa cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Ianya merupakan antara pengedar terbesar jenama fesyen terkenal. Kedai ini menawarkan pelbagai jenis produk termasuk peralatan sukan, pakaian dan aksesori.

Ia juga memberi tumpuan kepada empat kategori peribadinya, iaitu sukan, gaya hidup aktif, golf dan fesyen. Kelengkapan yang ditawarkan merangkumi semua golongan sama ada lelaki, wanita, orang dewasa dan juga kanak-kanak.

Bagi peminat sukan boleh mendapatkan kelengkapan pakaian sukan, kasut dan aksesori berkualiti pelbagai jenama terkenal seperti Nike, Adidas, Reebok dan pelbagai lagi. Barangan sukan utama yang ditawarkan merangkumi barangan bola sepak, berlari, berenang, tenis, gimnasium dan sebagainya. Bagi yang meminati dunia sukan golf, korang boleh mendapatkan pelbagai kelengkapan sukan golf dan juga aksesorinya di kedai barangan sukan terbaik ini.

https://www.traditionrolex.com/36


Laman Web


Facebook


Instagram

Fuhh!! Rupanya banyak je kedai barangan sukan yang terdapat di Malaysia ni. Bagi korang yang inginkan kelihatan bergaya ataupun baru berjinak-jinak dalam bidang sukan, korang boleh dapatkan peralatan sukan di kedai-kedai berhampiran tempat korang. Jadi apa tunggu lagi aktifkan hidup korang dengan bersukan supaya dapat menjalani kehidupan yang produktif.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Bahaya Gula Putih Kepada Badan Manusia

BAHAYA GULA PUTIH KEPADA BADAN MANUSIA  Gula putih atau gula pasir adalah sumber tenaga bagi tubuh manusia. Nama lainnya sukrosa. Iaitu gabungan gula ringkas fruktosa

diet suku-suku separuh

5 Tip Penting Diet Suku-Suku Separuh

Bagi korang yang inginkan badan yang sihat dan pinggang yang ramping, korang mestilah berdiet dengan makanan yang sihat dan juga bersenam. Tahukah korang dengan diet

Shopping Cart