sports, shoe, sports shoe-3340598.jpg

5 Alatan Sukan Yang Wajib Anda Ada

Nak Dapatkan Info Kesihatan dan Sukan Terkini? Sertai Durra Active Health Lifestyle

Korang suka bersukan ataupun bersenam? Ramai orang terutamanya insan yang bergelar wanita yang sangat menginginkan bentuk badan yang ramping. Untuk kekal langsing ianya bukanlah mudah bahkan ianya sukar. Sekarang ini terdapat pelbagai cara untuk para wanita khususnya kekal langsing. Sebagai contoh penggunaan alatan sukan yang sesuai mampu memberikan impak kepada individu sekiranya dilakukan dengan betul. Bahkan juga ada segelintir kita yang mencuba makanan dan minuman untuk kurus.

5 alatan sukan mampu milik kena ada untuk kekal langsing

Begitu juga, peralatan sukan yang berkualiti, prestasi yang stabil, peralatan yang selamat dan boleh dipercayai dapat menjamin perlawanan dalam keadaan yang adil, tetapi juga meningkatkan tahap untuk memudahkan pergerakan dan mewujudkan keadaan material yang diperlukan. 

Jom ketahui lebih lanjut apakah alatan sukan mampu milik kene ada untuk kekal langsing!

1. Jump rope

JumpRope_DURRA

Jump Rope atau lebih dikenali sebagai tali ‘skipping’ adalah alatan yang mudah untuk digunakan tanpa perlu modal yang besar. Jadi, ianya sesuai dilakukan oleh sesiapa saja yang takde budget nak masuk gym ataupun nak beli treadmill. Bagi yang nak cepat kurus, ‘skipping’ ialah senaman yang paling bagus!

Bolehkah skipping setiap hari?

Senaman ini boleh dilakukan di mana-mana serta baik untuk diamalkan setiap hari. Tahu tak? Senaman ‘skipping’ ini boleh membakar kalori sebanyak 200 hingga 300 kalori sekiranya dilakukan dalam masa 10 – 15 minit sahaja. Malahan, senaman ‘skipping’ ini boleh dikatakan lebih banyak membakar kalori jika dibandingkan dengan senaman kardio lain. Menarikkan! Jadi dengan hanya ‘skipping’ dalam masa 15 minit anda mampu kekal langsing sentiasa. Jadi, jom mulakan ‘skipping’ dari rumah.

2. Aerobic Mat

alatan-sukan

Aerobic Mat ataupun tikar senaman adalah satu aksesori alatan sukan wajib yang mesti ada untuk setiap orang. Senaman seperti yoga perlu dilakukan diatas aerobic mat ini supaya kaki dan lutut kita tidak sakit dan selesa untuk bersenam. Jadi pemilihan aerobic mat ini amat penting kerana ia memberi kesan pada setiap sendi dan otot kita. Untuk kita turun berat dan kekal langsing perlulah konsisten dan berdisiplin dalam bersenam. Jadi dengan ada aerobic mat ini kita tak perlulah keluar rumah dan boleh dibuat bila-bila masa ikut kesesuaian waktu kita. Haa mudah kan!

3. Headphone

alatan-sukan

Pelik! Headphones? Betulke dapat kekal langsing? Haa kalau korang nak tahu dengan penggunaan headphone disertakan dengan muzik ini dapat merangsang lagi mood gembira tu sekaligus dapat meredakan mood stress korang. Tapi mestilah pakai ketika bersenam kan barulah ada perubahan dalam bentuk badan kita. 

Tak sangka pulak ada headphone yang boleh digunakan untuk keperluan harian lebih-lebih lagi ketika bersukan.

4. Run Belt

alatan-sukan

Haa untuk tingkatkan semangat korang berlari, pemilihan pakaian dan peralatan larian yang tepat dan sesuai amatlah penting. Untuk keselesaan ketika berlari, korang boleh memakai running belt ataupun tali pinggang larian untuk letak wallet, kunci dan telefon bimbit. Aksesori ini mempunyai kemudahan zip dan ruang penyimpanan untuk barang-barang yang bersaiz kecil. Dengan reka bentuknya yang menarik korang boleh memakai run belt ini dengan apa saja pakaian sukan. Jadi, korang bolehlah berlari dengan selesa. Stylish gituu!

5. Dumb Bell

alatan-sukan

Selain itu, senaman yang menggunakan dumbbell ini juga dapat menurunkan berat badan tau. Senaman mengangkat beban ini menjadikan bentuk badan lebih cantik dan anggun. Ini disebabkan ia dapat menguatkan otot dan mengurangkan geleber. Kalau korang nak tahu, bersenam menggunakan dumbell dapat membakar lemak dengan tinggi. Korang boleh lakukan 10 hingga 15 kali dalam dua atau tiga set dan rehat selama 60 hingga 90 saat setiap set. Kalori dalam badan akan terbakar walaupun korang berada dalam keadaan duduk atau berjalan santai. 

Senaman paling cepat kurus

Nak turunkan berat ini memang perlukan disiplin, komitmen dan konsistensi dan alatan ini tujuannya untuk membantu saja selebihnya atas individu itu sendiri untuk memastikan badan kekal langsing. Tetapi sekiranya peralatan ini ada dirumah ianya memudahkan korang untuk turun berat badan. Korang boleh dapatkan peralatan sukan ini di kedai barangan sukan. Dekat Malaysia ni pun banyak je kedai alatan sukan contohnya Durra Active, Decathlon dan Al Ikhsan. Haa ape tunggu lagi dah baca, jangan lupa buat.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Bahaya Gula Putih Kepada Badan Manusia

BAHAYA GULA PUTIH KEPADA BADAN MANUSIA  Gula putih atau gula pasir adalah sumber tenaga bagi tubuh manusia. Nama lainnya sukrosa. Iaitu gabungan gula ringkas fruktosa

diet suku-suku separuh

5 Tip Penting Diet Suku-Suku Separuh

Bagi korang yang inginkan badan yang sihat dan pinggang yang ramping, korang mestilah berdiet dengan makanan yang sihat dan juga bersenam. Tahukah korang dengan diet

Shopping Cart