WELCOME TO DURRA ACTIVE

Nak Dapatkan Info Kesihatan dan Sukan Terkini? Sertai Durra Active Health Lifestyle

Metabolisma. Taukah apa ke benda ni ? Macam selalu dengar tapi masih tak tau nak jawab yang tepat kan kan.. so better kita fahamkan dulu sebelum kita boleh mempraktikkannya.

Maksud METABOLISMA mengikud kamus wikepedia. Metabolisme bermaksud “pengeluaran”; Bahasa Inggeris: Metabolism) merupakan tindak balas kimia yang berlaku dalam sel hidup. Proses metabolisme yang dimangkinkan enzim merupakan asas kehidupan, yang membolehkan sel membesar dan membiak, mengekalkan struktur mereka serta membalas terhadap persekitaran mereka. Metabolisme merujuk kepada semua tindak balas kimia dalam organisma hidup, termasuklah penghadaman, pengangkutan bahan dari dan ke sel berlainan, secara khususnya tindak balas dalam sel dikenali sebagai metabolisme perantara.

Topik hari ini Coach ambil inspirasi dari sharing Cikgu Fitness Malaysia kita, Kevin Zahri.

Apakah metabolisma?

Menurut Kevin Zahri, metabolisma ialah jumlah pembakaran kalori seharian badan anda. Ia terbahagi kepada 2 terma, iaitu BMR (basal metabolic rate) dan AMR (active metabolic rate).

Apa Itu BMR Dalam Diet

BMR – Jumlah pembakaran kalori seharian if you do nothing !

Cth: pesakit koma, tidur, duduk senyap-senyap, termenung.. tidur seharian

Saya bagi satu analogi, bayangkan kereta yang di start enjin tapi tak bergerak .. agak-agak ada ‘pembakaran kalori’ berlaku? Pastilah ada kan ? So macam tulah badan kita, sesambil kita tidur, oran jantung masih berdegup, kidney kita tengah menguruskan fungsinya dan cecair darah dlm badan kira masih bekerja mengalirkan suplly darah ke seluruh badan. So inilah yg dikatakan BMR, kalori yang dibakar tanpa ada apa-apa aktiviti.

AMR – Jumlah pembakaran kalori seharian dengan aktiviti tambahan

Cth: berkebun, bersenam, berenang, naik tangga, kelip mata, makan, berlari dan banyak lagi.

Kalau yang ini pula, AMR mestilah dalam keadaan kita ada aktiviti tambahan. Baik lasak mahupun tidak lasak. Kalau kita pakai analogi kereta tadi, maksudnya, bila enjin start, kita masuk gear tekan minyak dan jalan. Pastinya minyak kita akan berpakai dan habis. Kita kena isi minyak semula untuk teruskan perjalanan dan kena pastikan cukup untuk sampai ke destinasi yang diharapkan.

Apakah kalori?

Kalau ikut Dr Kushairy dari Sihatologi, kalori dalam diet adalah unit tenaga dalam menggambarkan tenaga yang diberikan oleh makanan apabila dimakan. Sebagai contoh; satu pinggan nasi lemak memberikan kita 389kcal tenaga manakala satu keping roti canai berikan kita 301kcal tenaga.

Okay.. sekarang dah faham kan? Semua terma asas fitness iaitu metabolisma BMR, AMR dan kalori. Bila kita dah kuasi pemahaman ini barulah kita lebih efisien untuk pelan pemakanan & senaman korang. Jom kita kira BMR & AMR jom. Cuba klik link ni dan isikan maklumat yang diminta. Cer share berapakah BMR korang kat ruang comment.

Kalau refer gambar kat bawah ni, yang bertanda merah tu adalah korang punya BMR, maksudnya kalori yang paling minima perlu ada dalam badan korang. So makanlah jumlah kalori sebanyak ini untuk dapatkan kesihatan yang baik. Kurang dari kalori ini boleh mengakibatkan total wellness kita akan terganggu (tengok badan, lain orang lain kesan)

Yang bertanda biru tu adalah ruang AMR korang. Pilihlah ikut kategori masing-masing. Ada 6 pilihan paras aktiviti atau Activity Level.. lagi ke bawah pilihannya, lagi besarlah jumlah AMR korang. So di manakah tahap aktiviti korang? Cer share …

Coach nak simpulkan kat sini, bila korang tahu paras aktiviti korang.. barulah susun pelan pemakanan dan senaman yang sesuai dan ideal untuk matlamat masing-masing. Lagi banyakkk aktivity lagi boleh makan banyak. Sebabnya kalori kita boleh bertambah sebab kadar tenaga kita pun naik dan bertambah. Jangan risau tentang naik berat badan sebab, selagi kita makan ikut keperluan kalori harian, kita tidak naik berat. Naik berat akan berlaku bila kita makan lebih kalori dari keperluan seharian. Melainkan anda ada target nak buat ‘kalori deficit’ untuk menurunkan berat yang sedia ada. Haaa.. topik ni akan kita kupas dalam next sharing ! wuhuu !

Cuba kira kat jumlah BMR & AMR yang korang kira dari link tu. Selamat menjawab !! Jumpaa lagi !!

<3,

Coach Rini Senamfit

S.M.I.L.E

https://www.calculator.net/bmr-calculator.html

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
Leave a Reply

On Key

Related Posts

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping