...

Penting ke senaman?

Apa jawapan korang ? Sure korang jawab penting kan ? Tapi, bila nak buat senaman tu belum tentu lagi.. hihihi. Tajuk harini agak cliche. Admin nak share kenapa senaman tu sangat penting dan juga tips mudah nak mulakan senaman anda.

Banyak kebaikan yang kita peroleh dengan melakukan aktiviti bersenam ni. Saya yakin korang sure dah tau, bersenam itu sangat beri kesan baik untuk kesihatan tubuh kita tak kisah lah samaada kita lakukan senaman ringkas di rumah, sekitar taman, gym atau kat mana-mana sahaja mengikut keadaan dan keselesaan masing-masing. So now, kita baca sama-sama 10 kebaikan bersenam seperti di bawah ni

1. Kesihatan Tulang

Peningkatan usia akan menyebabkan berlakunya pengurangan mineral tulang. Senaman adalah salah satu cara untuk menguatkan tulang dan mencegah daripada kerapuhan tulang.

2. Kesihatan Jantung

Bersenam bantu tingkatkan kesihatan jantung. Tindakbalas jantung menjadi lebih cekap dan efisien. Otot jantung juga semakin kuat. Dengan itu, risiko untuk mendapat penyakit jantung juga akan berkurang.

3. Mengekalkan Stamina & Lebih Bertenaga

Apabila anda menjadikan senaman sebagai rutin, tahap stamina akan menjadi semakin baik dan tubuh juga lebih bertenaga. Ini kerana, tubuh anda berfungsi dengan lebih cekap, sel-sel yang terdapat didalam tubuh menerima banyak oksigen.

4. Kesihatan dan Kecantikan Kulit

Senaman secara konsisten dan sederhana boleh memberikan perlindungan antioksidan dan menggalakkan peredaran darah yang sihat, yang boleh melindungi kulit anda dan melambatkan tanda-tanda penuaan.

5. Mengurangkan Kesakitan Kronik

Selain itu, bersenam juga membantu dalam mengurangkan kesakitan kronik ini terutamanya bagi sakit belakang kronik dan fibromyalgia. Pengurangan kesakitan kronik melalui senaman ini diharapkan membantu mengurangkan tekanan emosi dan sosial serta mengurangkan kebergantungan kepada ubat tahan sakit.

6. Kesihatan Otak dan Memori

Senaman yang kerap bantu meningkatkan peredaran darah ke otak dan membantu kesihatan otak dan ingatan. Bagi golongan yang berusia, ianya dapat membantu melindungi fungsi mental.

7. Mood Menjadi Lebih Baik

Aktiviti bersenam dikatakan mampu mengurangkan risiko kemurungan. Contohnya seperti senaman aerobik yang bantu meningkatkan mood, ini adalah kerana hormon ‘endorphin’ yang ada didalam tubuh dirembeskan keluar.

8. Tidur Lebih Lena

Bersenam menjadikan tidur anda menjadi lebih baik dan lena. Fungsi imun juga semakin meningkat dan mengurangkan risiko daripada penyakit yang berbahaya seperti penyakit jantung, kencing manis dan masalah kognitif.

9. Lebih Tenaga di ‘Bilik Tidur’

Bersenam bukan sahaja jadikan kita bertenaga di siang hari, malah ia juga menunjukkan kebaikan dari fungsi seksual. Senaman berterusan yang menjamin jantung yang sihat, peredaran darah yang baik, emosi yang baik serta tidak asyik berasa penat pastinya menyumbang kepada kecergasan anda di bilik tidur.

10. Tingkatkan Kualiti Pembacaan Al-Quran

Bagi umat islam, membaca al-quran adalah satu rutin dan amalan yang dituntut. Apabila sentiasa melakukan senaman, badan kita akan ada peningkatan pernafasan yang bagus. Stamina juga akan bertambah baik. Faktor-faktor ini akan menyumbang kepada kualiti seseorang itu dalam kelancaran membaca ayat-ayat suci al-quran.

Tips mudah untuk kekalkan motivasi bersenam:

Pilih senaman yang paling mudah dan seronok yang sesuai dengan jiwa anda. Mulakan 1 minggu 30 minute dahulu. slowly progress

Jangan ikut semua rutin yang di ada internet. Kerana ia mungkin tidak sesuai dengan level anda. Pick your pace.

Dapatkan terlebih dahulu knowledge dari jurulatih atau fitness instructor yang bertauliah. Lepas tu dah tau sikit-sikt basic, boleh gugel je rutin di internet.

Fahami dan pegang Big Why anda untuk nak bersenam.

Cari geng yang suka dengan senaman. Kita akan kekal bersemangat jika ada rakan-rakan yang sama-sama dalam journey sihat & aktif.

Mulakan di tempat ‘comfort space’ anda. Contoh, jika ia di atas kerusi, mulakan dengan pergerakan senaman menggunakan kerusi.

Jom kita mulakan sekarang !!!! Active-Action kan rutin anda untuk bersenam. Semestinya hari-hari anda akan lebih positif. Selamat bermula !

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Shopping Cart
Scroll to Top
Optimized by Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.